Dr Mahathir cabar peguam negara buat akuan sumpah bersihkan Najib

SHAH ALAM: Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali hari ini dicabar membuat akuan bersumpah yang Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sememangnya tidak melakukan sebarang kesalahan jenayah dalam isu 1MDB.

Cabaran itu dibuat bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad susulan kenyataan Apandi sebelum ini Najib tidak melakukan sebarang salah laku jenayah dalam isu RM2.6 bilion yang dikaitkan dengan 1MDB dan SRC International.

“Saya cabar Apandi bersumpah dan saya berani bersumpah bahawa Apandi adalah pembohong besar,” kata beliau pada forum Nothing To Hide 2.0 di Shah Alam hari ini.

Sebelum ini Apandi berkata tiada sebarang kesalahan jenayah dilakukan Najib berkait siasatan melibatkan dana RM2.6 bilion dan kes SRC International yang dikemukakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akhir 2015.

Peguam negara memutuskan tiada kes melibatkan Najib awal tahun lalu.

Dr Mahathir berkata demikian pada forum hari ini yang turut menyaksikan Najib diundang tetapi beliau tidak muncul.
Share on Google Plus

About Voice Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan