Tangkapan Isa Samad hanya sandiwara?

Oleh USTAZ ROSLAN MD ESA 

PILIHAN Raya Umum ke-14 sangat dekat. Isyaratnya ialah penahanan Tan Sri Isa Samad, orang yang paling dekat dengan Datuk Seri Najib Tun Razak.

Masakan pemegang rahsia umum Najib di mata rakyat ini ditahan begitu sahaja kerana penahanan juga mendatangkan aib atau malu kepada yang ditahan.

Lupakah kita bahawa Isa Samad adalah orang kepercayaan Najib hatta selepas madu di Felda habis disedut, Isa dibawa pula ke SPAD baru-baru ini.

Semacam satu insiden terancang penahanan Isa tatkala negara heboh mengenai isu Memali, isu kegagalan 1MDB membayar hutang kepada IPIC dan juga dalam masa yang sama kenaikan harga minyak sejak tiga minggu lalu begitu mendadak.

Najib ketika ini sedang asyik melancar projek gula gula pilihan raya, dan dalam masa yang sama penahanan ini memberi kesan positif kepada BN khasnya Umno yang kononnya mahu dilihat sebagai hero pejuang anti rasuah, walaupun seperti kata beberapa tokoh lama Umno bahawa Umno parti yang rosak dari kepala ke ekor akibat rasuah.

Kebimbangan kami adalah penahanan Isa Samad tidak lain hanya satu lakonan sahaja, memandangkan PRU semakin hampir dan kalaupun SPRM bersungguh, pastinya tangan hitam diatas sana akan cuba mengganggu bagi menutup lebih banyak rahsia yang tidak atau belum lagi terdedah.

Apa pun kami mahu mengucapkan tahniah kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang telah menahan bekas Pengerusi Felda itu berikutan siasatan isu pelaburan Felda.

Bagi NGO Generasi, Isa Samad adalah orang yang banyak dikaitkan dengan isu besar dalam Felda sejak beliau menerajui Felda 2011 dan kini beralih ke SPAD.

Rakyat pastinya tidak akan lupa kepada isu pembelian Hotel, pelaburan PT Eagle High, Ikan Strurgeon, dan paling besar skandal FGV yang sangat merugikan warga Peneroka Felda.

Pun begitu, NGO Generasi amat mengharapkan agar SPRM menyiasat sepenuhnya dan jika didapati berasas, maka pendakwaan harus dibuat sebagai susulan tanpa kompromi.

Malah kami mendesak agar siasatan dilakukan tanpa ada unsur takut atau mahu menutup apa sahaja penyelewengan yang mungkin telah berlaku ketika era pentadbiran Isa.

Kami amat bersimpati dengan nasib peneroka Felda yang terus menerus dibayangi isu ketidakjujuran kerajaan Umno BN dalam mentadbiran Felda hingga mereka tertindas.

Kami tidak mahu tangkapan ini hanya satu lagi episod drama atau sandiwara minggu ini. –

Penulis ialah Presiden NGO Generasi.












Share on Google Plus

About Voice Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan