Salah seorang tokoh ulama PAS berkata sejak dulu lagi Pulau Pinang
akan dilanda musibah jika ketua menterinya, Lim Guan Eng, membuat
tuduhan terhadap Kelantan.
Kata Mokhtar Senik kenyataan itu dibuat berdasarkan kepada "perhatian" yang diberikannya "sejak dulu".
"Asal ada perkara yang LGE (Lim) tuduh dan merendah-rendahkan kerajaan PAS Kelantan, pasti selepas itu perkara yang sama dan bahkan lebih buruk akan berlaku di Pulau Pinang," katanya dalam catatan terbuka di Facebook hari ini.
Mokhtar yang juga anggota Jawatankuasa Pusat PAS berkata demikian sebagai mengulas banjir dialami sebahagian besar Pulau Pinang pada 5 Nov lalu.
Taburan hujan yang lebih tinggi daripada biasa dan angin kencang dipercayai berpunca daripada taufan Damrey mendorong Lim menghubungi Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi kira-kira jam 3.30 pagi untuk mendapatkan bantuan.
Ahmad Zahid kemudian bersetuju menggerakkan anggota tentera untuk membantu kerja-kerja menyelamat di Pulau Pinang.
Mokhtar bukan satu-satunya pemimpin PAS yang membuat kenyataan sebegitu terhadap Pulau Pinang.
Ajak turunkan DAP
Anggota Jawatankuasa Perhubungan PAS Selangor Ahmad Dusuki Abdul Rani turut mengecam kerajaan Pulau Pinang apabila menggelar Lim sebagai seorang yang sombong.
Semasa membuat perbandingan banjir di Pulau Pinang dan Kelantan, Ahmad Dusuki juga mendakwa tiada kematian semasa negeri pantai timur itu dinaiki air beberapa tahun lalu.
"Mati pulak tu tujuh orang. Kelantan yang banjir besar itu pun tak ada seorang pun yang mati, tapi yang (di Pulau Pinang) ni, tujuh orang meninggal dunia," katanya dalam satu siri ceramah yang disiarkan secara langsung di Facebooknya.
Ahmad Dusuki turut menyentuh penganjuran program Oktoberfest di Pulau Pinang dan mengaitkannya dengan banjir berkenaan.
Untuk makluman program Oktobefest bukan saja diadakan di Pulau Pinang malah turut dibuat setiap tahun di Johor dan disahkan menteri besarnya sendiri.
Selepas dikecam orang ramai pengelola akaun Facebook itu kemudian membuat pembetulan dan mengakui banjir di Kelantan pada 2014 turut mencatatkan kematian.
Selepas Pulau Pinang dilanda banjir baru-baru ini Kelantan turut menghantar bantuan kewangan dan sukarelawan.
Mokhtar berkata bukan sesuatu yang menghairankan apabila Lim tidak berterima kasih kepada Kelantan dan menganggapnya sebagai suatu perkara biasa.
"Perkara biasa kalau diberitahu kura-kura tak pandai memanjat. Juga perkara biasa kalau diberitahu anjing menggigit orang, tapi kalau diberitahu orang gigit anjing, baru saya hairan dan memang satu isu besar," katanya.
Justeru kata Mokhtar sampai masa untuk rakyat Pulau Pinang menurunkan DAP daripada kerajaan.
"Kesombongan bermakna menjemput bala dari Allah," katanya.
Untuk rekod, Lim yang juga setiausaha agung DAP pada 9 Nov lalu mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang membantu negeri itu semasa dilanda bencana.
Berucap di Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang Lim berkata sukarelawan dari pelbagai pihak menyumbang wang dan mengorbankan masa dan tenaga untuk membantu mangsa, walaupun tidak mengenali satu sama lain.
"Inilah yang boleh dikatakan hidup bermuafakat, ringan sama dijinjing, berat sama dipikul.
"Saya juga tersentuh dengan semangat perpaduan di kalangan masyarakat
majmuk di mana rakyat berbilang kaum dan agama telahpun membuka pintu
rumah dan juga hati mereka," katanya.

0 comments:
Catat Ulasan