AJK AMANAH Nasional ditahan polis

Ahli Jawatankuasa AMANAH Nasional, Mazlan Aliman telah ditahan polis jam 1.35 pagi tadi dan dibawa ke IPD Kulai.

Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) itu ditahan di kediamannya di Felda Bukit Ramun, Kulaijaya diketuai ASP Mohd Hasrudi Mohd Zain.

Sempat dihubungi Malaysia Dateline jam 3 pagi tadi, beliau yang masih di IPD Kulai memberitahu sekumpulan polis dari IPK Johor datang menahannya di rumah.

“Mulanya saya persoal, tak bolehkah tunggu siang. Dia (Polis) kata arahan,” katanya.
Menurut Mazlan, 52, tangkapan itu berhubung Seksyen 233 Akta Komunikasi.

Beliau hanya diberitahu ada kaitan dengan ceramahnya berkenaan isteri Perdana Menteri, Rosmah Mansor.

“Laporan polis dibuat atas kononnya ucapan saya mengenai Rosmah,” ujarnya lagi.

Walau bagaimanapun, beliau tidak diberi maklumat lanjut tentang lokasi dan bila ceramah yang dimaksudkan.\
Share on Google Plus

About Editor Akhbar Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan