AMANAH siap siaga pastikan PH menang di Pokok Sena

AMANAH kawasan Pokok Sena siap siaga untuk menghadapi pilihan raya umum (PRU) ke 14 yang akan datang tidak lama lagi.

Gerak kerja turun padang telah pun dilaksanakan sejak ia dilancarkan pada November 2015 lagi.
Malahan, program peduli rakyat telah menjadi rutin tanpa henti sehingga kini.

 Demikian dinyatakan oleh Ketua AMANAH kawasan Pokok Sena, Umar Awang.

Menurut beliau lagi sehingga kini AMANAH kawasan Pokok Sena telah berjaya menubuhkan 20 cawangan sehingga ia menjadi satu kegusaran bagi parti lawan seperti Umno dan juga Pas.

“Yang terbaru ialah penubuhan satu lagi cawangan dalam Dun Bukit Lada serta pelancaran PDM Kampung Panchur.

“Majoriti dari mereka yang menyertai AMANAH Pokok Sena adalah bekas ahli Pas yang telah hilang kepercayaan dengan kepimpinan parti mereka.

“Senario politik Pas yang semakin bercelaru kini menyebabkan ramai antara ahli mereka telah meninggalkan parti tersebut dan menyertai Pakatan Harapan(PH),” jelas beliau lagi.

Menurut Umar lagi, kerjasama dengan komponen PH setakat ini amat menggalakkan serta mampu memberi impak kepada kemenangan di Pokok Sena.

Tegasnya lagi, dengan penyertaan Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar bersama AMANAH baru-baru ini, ia memberi keyakinan yang lebih besar kepada pengundi sedia ada untuk meneruskan sokongan mereka terhadap PH.

Mahfuz menerima borang keahlian baru semasa majlis pelancaran PDM Kampung Panchur, Dun Bukit Lada Jumaat lalu.
Dalam PRU ke 13 yang lalu, Mahfuz telah berjaya mengalahkan calon BN dengan majoriti 3,935 undi.

Manakala tiga lagi kawasan Dewan Undangan Negeri yang ada dalam Parlimen Pokok Sena iaitu Dun Bukit Lada telah dimenangi oleh BN dengan majoriti 1,324 undi setelah mengalahkan calon Pas.
Sementara itu Pas menang bagi kerusi Dun Bukit Pinang apabila calonnya mengalahkan calon BN dengan kelebihan sebanyak 1,672 undi.

Bagi kerusi Derga pula, DAP telah memenangi kerusi tersebut dengan mengalahkan calon BN dengan majoriti sebanyak 1,156 undi.

Tambah Umar lagi, kemenangan calon Pas dalam PRU yang lalu adalah hasil kerjasama semasa berada dalam Pakatan Rakyat(PR).

“Gabungan erat dan komitmen yang diberikan oleh komponen dalam PR pada PRU13 memberi impak yang amat besar kepada keputusan yang diperolehi.

“Namun begitu menjelang PRU14, ianya amat jauh berbeza kerana Pas tidak lagi berada bersama dalam komponen Pakatan Harapan yang turut mendokong PR dalam PRU yang lalu.

“Keengganan mereka untuk bersama-sama turut memberi kelebihan kepada AMANAH dan PH apabila ramai akar umbi Pas yang tidak menyokong kerjasama dengan Umno memberi dokongan kepada PH, ” ujarnya lagi.

Sehubungan itu katanya perkembangan semasa memperlihatkan adanya peningkatan dan peluang bagi PH untuk memenangi samada kerusi Parlimen maupun tiga lagi kerusi Dun sedia ada dalam Parlimen Pokok Sena.
Share on Google Plus

About Editor Akhbar Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan