Dr Mahathir ajak Najib berdebat untuk kali ke tiga

KUALA LUMPUR – Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mengajak Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Razak berdebat dan menyatakan bahawa beliau tidak perlu takut kerana pelawaan berdebat berkenaan dilakukan oleh seorang yang sudah tua.

“Ya, usia saya akan mencecah 93 tahun Julai ini. Ya, 93 tahun adalah tua. Najib tak perlu takut pada saya”.

“Beliau masih muda, apa yang nak takut berhujah dengan orang umur sembilan puluhan tahun, katanya dalam satu kenyataan rasmi beliau hari ini.
Jika Najib Razak tiada apa yang hendak disembunyikan daripada rakyat, beliau harus menyatakannya secara terbuka semasa debat itu nanti
Tun Dr Mahathir Mohamad
“Orang tua ini akan cuba buktikan bermacam-macam yang disembunyi oleh beliau serta rakyat akan dengar dan akan buat keputusan mereka samada yang muda atau yang tua yang sembunyi fakta”, ujarnya.

“Saya sedar diri saya sudah tua tetapi sebelum meninggal dunia saya akan tetap berjuang menyelamatkan negara ini daripada rosak dan menyerahkannta kepada ketentuan Allah”.

“Ya, saya sedar saya akan pergi tak lama lagi, tetapi selagi nyawa dikandung badan saya akan perjuangkan bangsa, agama dan negara tercinta ini. Bersama dengan patriot negara saya akan usaha untuk selamatkan negara ini dari seorang kleptokratasi perosak negara,” katanya.

Dr Mahathir juga berkata, beliau tidak kisah jika Najib mahu datang bersama pegawai-pegawai tinggi dan menteri-menteri yang muda-muda atau pakar-pakar daripada luar negara termasuk Cambridge Analytica “untuk bisik jawapan-jawapan apabila tidak dapat menjawab”.

Ujarnya lagi, beliau hanya akan hadir pada debat itu seorang diri dan bersedia juga menjawab apa saja pertanyaan tentang rekodnya selama 22 tahun jadi perdana menteri.

Najib Razak takut untuk berdebat dengannya kerana majlis sama yang dianjurkan dua kali sebelum ini juga perdana menteri itu tidak datang, katanya.
Share on Google Plus

About Editor Akhbar Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan