Pas Tidak Serius Lagi Berpolitik

Oleh Zolkharnain Abidin

1. Buku Tawaran PH ada 203 muka surat. Bermula dgn kata pengantar Tun M dan disempurnakan dengan huraian 60 tawaran PH.

2. Setakat ini buku tawaran PH tidak menjadi bahan lucuan orang ramai. Bahkan saya yakin tak akan berlaku begitu.

3. Buku itu ditanggap secara serius sebagai dokumen utama yg melakar komitmen PH untuk orang ramai dan negara.

4. Tawaran GS pula hanya ada beberapa helai dlm bentuk grafik. Tersiar juga dalam beberapa media maya secara sebutan sepintas lalu.

5. Saya belum berjumpa huraian lengkap 20 tawaran GS. Kurang pasti ada huraian lengkap atau tidak.

6. Saya ada terima huraian tawaran ke 11 berkaitan syariah. Ada dua versi. Salah satu versi agak lintang-pukang dan serabut.

7. Kini, sedang tular sebagai bahan lucuan tawaran pemilikan kereta 1300 CC yg disama ertikan dgn kuasa kuda.

8. Seolah-olah dokumen tawaran itu dibuat sambil lewa oleh pasukan sampingan, bukan pasukan utama parti.

9. Dokumen tawaran itu nampak seperti terhasil secara tergesa-gesa kerana desakan umum utk melihatnya selepas PH melancarkan tawarannya.

10. Sebuah parti berusia 60 tahun lebih, dikatakan semakin kuat berbuat silap dan menjadi bahan lucuan orang ramai.

11. Lebih parah lagi, kesilapan yg tertulis itu dibaca pula oleh Presiden Pas dlm sidang medianya.
12. Sesebuah dokumen tawaran pilihanraya (manifesto) sepatutnya dihasilkan dengan teliti dan serius.

13. Itu lambang keseriusan parti berkenaan. Jika penyediaan tawaran pun lintang-pukang, bagaimana pelaksanaannya?

14. Pas tidak serius lagi dgn kerja-kerja politiknya. Parti itu masuk politik tak lebih sebagai pemeriah suasana saja.

15. Seorang veteran politik Perlis, Cikgu Khoo Yang Chong (bekas anggota DHPP) berkata, elok Pas jadi NGO drpd jadi parti politik.

16. Justeru, undi Pas dlm PRU akan datang adalah membazir kerana parti itu tidak serius lagi berpolitik.

17. Pemimpin utama mereka kebanyakannya sudah mendapat apa yg mereka mahu. Jadi, bagaimana masa depan Pas dlm politik bukan lagi fokus mereka.
Share on Google Plus

About Editor Akhbar Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan