Sebelum buat poster, hantarlah jemputan dulu

OIeh Ulya Husamudin

Wakil NGO Pertahan telah hadir di pejabat PPBM untuk menghantar jemputan kepada Tun Mahathir untuk hadir ke forum yang mereka anjurkan.

Selamat datang ke pejabat kami, kami tiada halangan untuk anda ke mari, pejabat kami terbuka kepada semua rakyat Malaysia. 
 

Pun begitu ada beberapa perkara yang saya perlu tegur pihak saudara.

1. Sebelum buat poster, hantarlah jemputan dulu, sudah terima baru lah keluarkan poster. Tindakan kalian sangat tidak bertanggungjawab dan hanya bertujuan jahat bagi menimbulkan persepsi.

2. Nak buat forum, hantarlah jemputan rasmi awal. Hari ini sudah 26 hbln, jemputan untuk 29 hbln. Apa kalian ingat Pengerusi Pakatan Harapan tidak ada kerja lain? Kami didalam parti mahu "lock" tarikh dengan Tun Mahathir pun kena ikut giliran dan tunggu masa kelapangan. Walhal pada tarikh itu Tun sudah pun dijadualkan untuk berada di Kedah untuk satu program Jelajah Pakatan Harapan. (Jemput datang di belakang Pasar Raya Long Wan, Guar Chempedak). Hampir pilihanraya ini, kami sibuk nak lawan UMNO-BN kerana kami serious untuk jadi Kerajaan bukan setakat hendak jadi penasihat.

3. Barisan panel itu biarlah adil. Apa standard untuk jemput Tun Mahathir tapi dibawakan hanya dengan Ketua Pemuda Pas Kelantan. Kalau benar-benar berani sekurang-kurangnya tampilkanlah Tuan Guru Haji Hadi dan Dato Seri Najib sekali. Eh wakil BN tak ada pula dalam Wacana kalian. Bagus bagus.

4. Cuba lagi dilain hari. Cuba ikut nasihat ini. EnshaAllah Kheyr. Perkara perkara asas begini kalau tidak tahu caranya, bagaimana nak tadbir negeri/negara?

5. Boleh cuba alihkan senjata untuk tembak UMNO-BN sekali, jangan bantu mereka menang lagi. Ok?
Share on Google Plus

About Editor Akhbar Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan