Sekarang speaker kata dokumen kajian sempadan semula boleh dibawa keluar

SPEAKER Dewan Rakyat Pandikar Amin Mulia mengubah keputusannya yang tidak membenarkan ahli-ahli Parlimen membawa keluar laporan kajian persempadanan semula pilihan raya .

Beliau berkata, dokumen yang diedarkan kepada ahli-ahli Parlimen hari ini boleh dibawa keluar tetapi tidak boleh disiarkan setelah merujuk Peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat.

“Apabila saya merujuk Peraturan Mesyuarat 95 A, dia tidak menyebutkan bahawa tidak boleh dibawa keluar.

“Boleh bawa keluar tetapi menurut Peraturan Mesyuarat 95 A tidak boleh disiarkan dengan apa cara sekalipun," katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Pandikar bagaimanapun memberikan amaran, sekiranya dokumen itu tersebar, pihak yang menyebarkannya dianggap melanggar Peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat.

“Jadi kalau nanti apa yang terkandung dalam dokumen itu tersiar dengan apa cara sekalipun, maka pihak yang menyiar itu akan dianggap sebagai melanggar Peraturan Mesyuarat 95 A itu.
“Saya nampak Seputeh tadi dia sibuk baca dokumen itu kerana dia mahu tahu kerana tidak boleh bawa keluar.

"Jadi sekarang ini boleh bawa keluar tetapi tidak boleh disiarkan. Okay jadi Seputeh boleh relax, Bukit Gantang pun boleh relax," katanya merujuk kepada Teresa Kok (DAP-Seputeh) dan Idris Ahmad (PAS-Bukit Gantang).

Terdahulu, Pandikar memaklumkan Dewan Rakyat laporan berkenaan sudah diedarkan kepada semua ahli Parlimen hari ini tetapi tidak boleh disiarkan sehingga dibentangkan kerajaan minggu depan.

Dokumen yang diletakkan di atas meja ahli Parlimen ialah syor-syor yang dicadangkan bagi bahagian-bahagian pilihan raya persekutuan dan negeri bagi 2018 (ST27 tahun 2018) dan draf persempadanan bahagian pilihan raya (ST28 tahun 2018), katanya.

“Saya ingin mengingatkan bahawa kesemua dokumen tersebut tidak boleh disiarkan. Embargo sehingga ia dibentangkan pada hari Rabu 28 Mac 2018,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.
Pengumuman Pandikar menyebabkan ahli-ahli Parlimen pembangkang berang dan bangkit mempersoalkan tindakan itu
Share on Google Plus

About Editor Akhbar Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan