Amanah Kedah Mohon Derma Pilihanraya



AMANAH adalah sebuah parti paling miskin di antara parti-parti yang bertanding dalam Pilihanraya ke 14 kali ini.

Walaupun sebuah parti miskin dengan dana yang amat terhad melalui sumbangan ahli-ahli yang gigih dan perihatin sejak ditubuhkan pada 16 September 2015 yang lalu mampu bernafas dan melangkah seiring dengan lain-lain parti yang mempunyai dana yang melimpah ruah terutama UMNO dan BN.

AMANAH Kedah telah dipertanggung jawabkan untuk menggalas harapan rakyat di 3 Parlimen iaitu di P007. Padang Terap, P008 Pokok Sena dan P013. Sik. Sementara 10 DUN telah dipertanggungjawab iaitu N03. Kota Siputeh, N14. Alor Mengkudu, N16. Kubang Rotan, N17. Pengkalan Kundor, N18. Tokai, N20. Sungai Limau, N23. Belantek, N27. Pantai Merdeka, N31. Kupang dan N33. Merbau Pulas.

AMANAH Kedah wajib mendapatkan dana sekitar RM800,000.00 untuk menampung perbelanjaan di 3 parlimen dan 10 DUN.

Sehubungan dengan itu seluruh pendokong AMANAH dan Pakatan Harapan dirayu sepenuh hati untuk bersama-sama menyumbang kepada kemenangan kita bersama menumbangkan Barisan Nasional dan sekutu rapatnya.

Sumbangan boleh disalurkan kepada akaun Maybank Parti Amanah Negara Negeri Kedah (Pilihanraya) 5520 9522 4329.

Setelah membuat sumbangan sila hantar slip bank ke whatsapp Bendahari AMANAH Kedah dinombor 0134400888 (Hj Idrus Abd Hamid) untuk tujuan pengeluaran resit.
AMANAH - PROGRESIF - PEDULI
Share on Google Plus

About Editor Akhbar Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan