Arus demokrasi menamatkan pemerintahan BN

Oleh  Kanun

PEMERINTAHAN BN selama 61 tahun di Malaysia akhirnya tamat pada 9 Mei 2018. Tarikh keramat ini menunjukkan kuasa rakyat secara demokrasi mengatasi tipu daya BN untuk memenangi pilihan raya. Kejatuhan kerajaan BN dalam pilihan raya ini mengejutkan pelbagai pihak kerana BN kelihatan begitu kukuh dan sukar ditewaskan.

Kemenangan PH menakluki Kerajaan Persekutuan secara demokrasi adalah mencipta sejarah baharu. Meskipun, BN mempunyai pelbagai kelebihan untuk mengatasi parti lawan dengan sumber kewangan Persekutuan namun kuasa Allah Taala menaikkan dan menjatuhkan sesuatu kerajaan adalah sukar diduga.

Ada juga di kalangan ahli gerakan Islam yang tidak percayakan demokrasi dan beranggapan Islam hanya boleh tertegak dengan cara revolusi. Dengan kemenangan PH ini membuktikan kuasa sebenar adalah kuasa rakyat dan jika ianya digembelingkan dengan jitu maka ia boleh memusnahkan pihak lawan.

Semenjak awal lagi, BN yang dibantu dengan SPR sendiri telah cuba memanipulasikan keputusan pilihan raya dengan proses persempadanan semula yang memihak kepada BN. Walaupun ramai pihak yang mempertikaikan proses persempadanan tersebut tetapi SPR telah tidak menghiraukan bantahan orang ramai. Selepas itu, SPR telah tidak berlaku adil dengan menetapkan tarikh hari mengundi pada hari Rabu yang boleh menyebabkan peratusan keluar mengundi menjadi kurang kerana hari Rabu adalah hari bekerja.

SPR juga telah menghalang gambar pimpinan PH khasnya gambar Tun Mahathir dan Dato’ Seri Anwar Ibrahim untuk dijadikan bahan kempen. Akhir sekali, SPR masih cuba melengah-lengahkan keputusan PRU 14 dengan ada Ketua Tempat Mengundi yang enggan memberikan Borang 14 (Penyata Pengundian Selepas Pengiraan) kepada petugas di bilik pengiraan undi.
Akibatnya, keputusan penuh hanya diketahui sekitar jam 4.30 pagi.

Proses PRU 14 ini adalah sangat mencabar kerana ramai penganalisa membayangkan bahawa PH bakal mengalami kekalahan kerana wujudnya pertandingan 3 penjuru hampir di semua kawasan pilihan raya. Keengganan PAS untuk bersama PH telah mewujudkan cabaran baru kepada PH. PH harus merangka strategi untuk menawan hati pengundi.

Akhirnya PH telah menemui formula berkesan untuk menawan hati pengundi.

Pengundi perlu diberikan harapan sehingga mereka percaya bahawa PH mampu menandingi BN. PH yang dianggotai oleh empat parti utama iaitu PPBM, PKR, DAP dan AMANAH telah bergabung tenaga bagi menjayakan misi menawan Kerajaan Persekutuan.

PH telah membuat kajian asas bahawa rakyat sungguh tidak berpuas hati dengan kesan GST dan kenaikan harga barang.

Tambah memburukkan lagi keadaan adalah skandal 1MDB dan ketidakstabilan harga petrol. Maka, PH semenjak awal lagi telah merangka manifesto dan janji. Janji PH itu telah menarik perhatian ramai pengundi dan strategi pengumuman awal janji PH telah membantu orang ramai untuk memahami aspirasi PH.

Kejayaan kedua PH adalah untuk menamakan Tun Mahathir sebagai Perdana Menteri dan Datuk Seri Wan Azizah sebagai Timbalan Perdana Menteri. Strategi ini telah menambahkan keyakinan orang rakyat Palestin Mohamad yang dinamakan Menteri Pertahanan mahu rakyat negara ini terus membela penduduk Palestin yang menjadi pelarian agar dapat pulang ke tanah air mereka semula.

pamer kekejaman kepada dunia apabila 55 rakyat Palestin menjadi korban terbaharu di sempadan Gaza dalam pertempuran yang meletus susulan perpindahan kedutaan Amerika Syarikat (AS) ke Baitulmaqdis.

Kesemua mangsa maut ditembak dalam pertempuran ganas di lima kawasan sepanjang sempadan Gaza – Israel.

Antara mangsa yang maut ialah remaja 14 tahun, manakala hampir 3,000 yang lain cedera terkena tembakan peluru hidup, peluru getah dan gas pemedih mata oleh tentera rejim.

Tunjuk perasaan membantah pemindahan kedutaan Amerika itu berjalan serentak dengan ‘Perarakan Pulang Besar-Besaran’ yang dirancang berlangsung enam minggu sejak 30 Mac lalu dan disifatkan paling dahsyat dalam kon ik Palestin- Israel sejak Perang Gaza pada tahun 2014.

Semalam Rakyat Palestin terus berhimpun bersempena Hari Nakba, hari di mana Israel mengusir lebih 700,000 rakyat Palestin dari tanah air mereka pada 1948.

Baitul Maqdis adalah kota suci bagi semua agama samawi lebih-lebih lagi umat Islam kerana di sana terletaknya Masjidil Aqsa yang menjadi kiblat pertama umat Islam dan berlakunya pertistiwa israk mikraj Nabi Muhammad SAW.

Usaha untuk memindahkan ibu negara Israel daripada Tel Aviv ke Baitul Maqdis adalah membuktikan keangkuhan dan kesombingan regim Zionis.

ramai terhadap PH sehinggakan membawa kepada larangan SPR untuk menggunakan gambar Tun Mahathir sebagai bahan kempen. SPR juga bertindak tegas dengan memotong gambar Tun Mahathir dan ianya telah menjadi tular di media sosial.

PH juga telah memanfaatkan sepenuhnya teknologi komunikasi baharu seperti FB Ads dan FB Live, youtube serta aplikasi Whatsapp untuk berkempen dan tidak bergantung kepada media konvensional.

Langkah ini telah berjaya mengatasi halangan SPR. Selain itu, penggunaan sistem micro targeting pengundi telah berjaya menarik pengundi dan telah berjaya mengatasi halangan SPR.

Pada peringkat akhir selepas pembubaran, kerja keras Tun Mahathir untuk menjelajah seluruh pelusuk Semenanjung menerusi program ‘Jelajah PH’ telah berjaya mencipta gelombang yang akhirnya menjadi suatu tsunami rakyat. Kempen Jelajah PH itu telah mendapat sambutan menggalakkan bukan sahaja di tempat ceramah diadakan bahkan melalui FB Live sehingga angka yang menontonnya telah mencecah 6 angka.

Akhirnya, seluruh rakyat Malaysia perlu bersyukur kerana berjaya menewaskan gergasi politik Malaysia. Kini rakyat Malaysia memerhatikan apakah perubahan yang bakal dibawa oleh Kerajaan PH.






















Share on Google Plus

About Editor Akhbar Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan