Cipta Fitnah Untuk Bendung Air Pasang Malam

Oleh Mohd Sayuti Omar

Pakatan Harapan khasnya pengikut dan penyokongnya harus peka dan bersikap bijak dengan apa yang akan berlaku dalam tempoh beberapa hari ini. Pihak musuh atau mereka bersimpati dan makan upah daripada UBN akan melakukan apa sahaja.

Suntikan semangat dan berlakunya “air pasang malam”, dengan kemunculan dan keberanian Nik Omar yang mengauarakan suasana politik negara kini menakutkan pihak UBN. Maka mereka perlu mencari sesuatu untuk menghalangnya.

Kemunculan dan aura Nik Omar seperti air pasang malam yang naik tanpa disedari dimana gejalanya membahayakan. Maka benteng apa sahaja dicari untuk membendungnya.

Pendedahan kononnya Mohamad Sabu ada terlibat dengan perbualan dalam whatsaap dengan perempuan oleh tok Lebai adalah salah satu tektik dan cara untuk mengalihkan perhatian bagi membendung air pasang yang dikucahkan Nik Omar itu.

Ia disengaja berbuat demikian dengan tujuan itu. Jangan fikir apakah pendedahan itu logik, tipu atau sebagainya tetapi tektik dan tujuannya ialah untuk mengekang air pasang malam.

Dan kalau para pengikut PH memahami akan kerja-kerja jahat laknat ini, insya-Allah air pasang malam yang digelombangkan oleh Nik Omar dan lain-lain pemimpin PH yang dicemas tetap akan menenggelamkan UBN dan juga orang yang sanggup membuat fitnah. Trims.
Share on Google Plus

About Voice Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan