Kajian terbaharu Invoke: Undi Melayu BN merudum kepada 18 peratus

Dapatan terbaharu kaji selidik Invoke mendapati Undi Melayu Barisan Nasional (BN) jatuh merudum dari 41.1% (Disember) kepada hanya 18.1% (April) dan ia membayangkan berlaku peralihan besar pengundi Melayu.

Undi Melayu dalam kalangan pengundi yang telah membuat keputusan di antara BN, Pakatan Harapan (PH) dan Pas hampir sama.

50.7% responden pula memberikan jawapan “tidak pasti” atau “undi rahsia” yang membayangkan bahawa mereka adalah pengundi atas pagar.

Demikian kata Rafizi Ramli bagi pihak Invoke dalam kenyataan medianya semalam.

Manakala Undi Cina BN katanya, jatuh merudum ke paras 9.3% dalam bulan April 2018.

“66.3% pengundi Cina menyatakan mereka “atas pagar” walaupun besar kemungkinan mereka penyokong PH.

“Pola sokongan yang sama ditunjukkan oleh pengundi Cina: tahap sokongan kepada BN jatuh merudum sebanyak 50% dalam tempoh lima bulan.” kata beliau.

Sokongan pengundi India kepada BN pula jelas Rafizi, merudum ke paras 18.7% berbanding sokongan kepada PH (32.9%).

Ini kali pertama sejak Invoke menjejaki tahap sokongan pengundi bermula Januari 2017 yang menyaksikan sokongan pengundi India kepada PH lebih tinggi berbanding sokongan kepada BN, jelasnya.

“Angka menunjukkan peralihan undi yang besar kepada PH dalam kalangan pengundi India berbanding sokongan kepada BN di saat-saat akhir, yang akan membawa kesan besar kepada banyak kerusi-kerusi marginal.

“Jumlah pengundi atas pagar meningkat mendadak dua minggu sebelum pilihan raya, membayangkan peralihan pengundi setiap kaum lari dari BN

“Pecahan pengundi atas pagar mengikut kaum: Melayu (50.7%), Cina (66.3%) dan India (46.9%), kata beliau lagi.

Menurut Rafizi, hanya 32.6% daripada pengundi Pas adalah penyokong tegar Pas. Selebihnya, sebanyak 32.1% ada potensi akan mengundi PH dalam senyap.

“Kesimpulannya, perbezaan sokongan antara BN, PH dan PAS dalam kalangan pengundi Melayu yang telah membuat keputusan adalah tidak besar iaitu sekitar 1% ke 3% sahaja.

“Undi Melayu BN telah jatuh merudum berbanding enam (6) bulan lalu dan kini berada dalam lingkungan undi Melayu PH.

“Dalam kalangan pengundi semua kaum, pilihan Perdana Menteri yang paling atas adalah Tun Mahathir/PH (29.9%) mengatasi Dato’ Seri Najib Rzak – BN (23.8%).

“Majoriti pengundi (40.5%) yakin kerajaan persekutuan akan bertukar tangan, berbanding hanya 27.6% yang percaya BN akan kembali berkuasa,” kata beliau.
Share on Google Plus

About Editor Akhbar Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan