Kelayakan Tian Chua: Mahkamah putus ia tiada bidang kuasa

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi hari ini memutuskan ia tidak mempunyai bidang kuasa untuk menentukan sama ada Tian Chua layak bertanding dalam pilihan raya akan datang atau sebaliknya.

Hakim Nordin Hassan yang membenarkan bantahan awal Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berkata aduan Tian Chua adalah berkaitan dengan pertikaian pilihan raya.

“Penolakan kertas pencalonannnya adalah sebahagian daripada proses pilihan raya,” katanya.

Beliau berkata, Perkara 118 Perlembagaan Persekutuan menetapkan apa-apa pertikaian mengenai pemilihan seseorang ke Dewan Udangan Negeri dan Parlimen hendaklah dibuat melalui petisyen pilihan raya

Nordin berkata, beliau tidak dilantik sebagai hakim pilihan raya dan oleh sebab itu tidak mempunyai bidang kuasa untuk mendengar aduan tersebut

Isnin lepas, Tian Chua memfailkan saman memohon mahkamah memutuskan sama ada beliau boleh bertanding dalam pilihan raya minggu depan.

Pada hari penamaan calon Sabtu lepas, pegawai pengurus pilihan raya, Anwar Mohd Zain menolak borang pencalonan Tian Chua berikutan keputusan mahkamah sebelum ini mendenda penyandang kerusi Parlimen Batu itu sebanyak RM2,000 atas kesalahan jenayah.

Dalam pendengaran semalam, peguam SPR membangkitkan bantahan awal bahawa mahkamah sivil tersebut tidak mempunyai bidang kuasa untuk mendengar aduan Tian Chua.

Peguam kerajaan, Amarjeet Singh berkata, Tian Chua hanya dibolehkan memfailkan petisyen pilihan raya selepas pilihan raya diadakan

Peguam Gurdial Singh Nijar yang mewakili Tian Chua berhujah bahawa anak guamnya tidak mencabar mana-mana keputusan pilihan raya, tetapi hanya memohon mahkamah menentukan status kelayakan beliau.
Share on Google Plus

About Editor Akhbar Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan