Malaysia sedang menuju negara tadbir yang baik.

Oleh Arif Atan

Perkembangan kerajaan Pakatan Harapan hari ini menyaksikan Malaysia sedang menuju kepada sebuah negara yang berpegang pada urus tadbir yang baik.

- Peguam Negara Tan Sri Mohamad Apandi diarahkan bercuti berkuatkuasa serta-merta.

- Tan Sri Shahrir Abdul Samad mengumumkan peletakan jawatannya sebagai pengerusi Felda.

- Ketua Setiausaha Perbendaharaan Tan Sri Mohd Irwan Serigar Abdullah telah dipindahkan ke Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) berkuatkuasa serta-merta.

- Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Tan Sri Dzulkifli Ahmad melepaskan jawatannya.

- Bekas Pengarah Risikan dan Siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Abdul Razak Idris membuat laporan kepada SPRM berhubung beberapa dakwaan melibatkan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Malaysia baru menjanjikan masyarakat yang lebih berintegriti dan sejahtera.

Tugas kita sebagai rakyat pula menjayakan masyarakat sivil yang menghormati undang-undang dan memanfatkan kebebasan bersuara secara sihat.
Share on Google Plus

About Editor Akhbar Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan