Tak perlu aksi hospital untuk tarik sokongan, kata Dr M

PETALING JAYA: Tun Dr Mahathir Mohamad berkata dia tidak perlukan “strategi mengejut saat akhir” untuk meraih sokongan untuk diri sendiri atau Pakatan Harapan pada pilihan raya akan datang.

Beliau menjawab “ramalan” Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini mengatakan bekas perdana menteri itu akan dimasukkan ke wad hospital pada malam pilihan raya umum ke-14 untuk meraih undi simpati.

“Mengapa saya perlu ke hospital untuk meraih undi simpati?

“Saya boleh dapat sokongan tanpa perlu melakukan aksi seperti itu,” kata pengerusi PPBM menepis dakwaan Zahid.

“Ikut suka Zahid nak fikir apa. Lagipun, dia orang yang datang brtjumpa saya selepas dijadikan timbalan perdana menteri untuk mendapatkan pertolongan saya.”

Di satu majlis di Bagan Datuk hari ini, Zahid mencadangkan Dr Mahathir menggunakan “strategi mengejut saat akhir” pada malam hari penamaan dengan mendakwa terdapat cubaan mensabotaj penerbangannya ke Langkawi Jumaat lepas.

“Ia dibuat kerana mahu menagih simpati sehari sebelum penamaan calon yang kononnya kejadian itu berlaku bagi menghilangkan kelayakan beliau untuk bertanding di Parlimen Langkawi.

“Kita kenal beliau kerana kita pernah berketuakan beliau.

“Strategi dan taktik itu mungkin berubah tetapi ‘template’ atau acuannya sama sahaja untuk mengelirukan pengundi, memperoleh simpati dan menyalahkan orang lain, walaupun kelemahan itu dilakukan oleh pihak beliau,” kata Zahid kepada pemberita selepas menghadiri program di Kampung Pasang Api.
Share on Google Plus

About Editor Akhbar Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan