Tak Salah Peruntukan Tak Disalurkan Melalui Wakil Rakyat Pembangkang

Oleh Zolkharnain Abidin Al-Abyadhi

1. Fokus kita ialah rakyat. Tidak menyalurkan peruntukan melalui wakil rakyat (pembangkang) tidak bermakna mengabaikan rakyat.

2. Pelbagai saluran lain yg sah dari sudut undang-undang boleh diwujudkan. Semuanya dlm ruang lingkup ijtihad politik.

3. Wakil rakyat (pembangkang) boleh berperanan seperti biasa sebagai pengawas penyampaian peruntukan itu. Dia boleh menegur jika tersasar.

4. Jika peruntukan disalurkan melalui wakil rakyat (pembangkang) dan ia terdedah kpd penyelewengan, itu lebih parah. Lebih baik peruntukan itu disalurkan melalui saluran yg diyakini sampai kpd rakyat.

5. Tentu amalan sebegini dianggap meneruskan amalan BN. Bagi saya, warisan amalan siapa bukan isunya, kerana isunya ialah membela rakyat dan menutup ruang penyelewengan.

6. Bukankah tidak menyalurkan peruntukan melalui wakil rakyat (pembangkang) adalah penyelewengan?

7. Bagi saya tidak kerana wakil rakyat (pembangkang) atau pihak lain hanyalah pengantara. Perkara yg penting ialah peruntukan itu sampai kpd sasarannya iaitu rakyat.

8. Bagi saya, sebarang tindakan kerajaan berdasarkan maslahah. Jika peruntukan melalui wakil rakyat (pembangkang) memungkinkan mafsadah (berdasarkan andaian yg kuat), maka elok tidak disalurkan melalui mereka.
Share on Google Plus

About Editor Akhbar Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan