Tian sokong calon lain jika tiada pilihan

Pada malam tdi, Tian Chua berkata beliau akan memberi sokongan kepada calon bukan BN di Batu, yang percaya dengan agenda perubahan dalam Pakatan Harapan (HARAPAN).

Bagaimanapun, beliau berkata kaedah itu akan menjadi pilihan terakhirnya jika beliau gagal membatalkan keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya untuk membatalkannya sebagai calon di Batu.

Tian Chua telah mencabar SPR yang membatalkan kelayakannya bertanding di mahkamah hari ini dan pendengaran ditetapkan pada hari Rabu, 2 Mei 2018 ini.

Namun demikian, beliau tidak menolak kemungkinan keputusan mahkamah tidak berpihak kepadanya.

"Sebagai usaha terakhir, saya menggesa anda semua untuk menunggu isyarat saya, saya akan menyatakan sokongan saya kepada pihak yang mahu ke hadapan bagi menyatakan beliau menyokong HARAPAN, menyokong perubahan dan aspirasi rakyat di Batu," katanya.

Namun, beliau menjelaskan bahawa beliau tidak akan berunding dengan mana-mana pihak dalam pertukaran sokongan kerana ini akan mengkhianati kepercayaan para pengundi.

Beliau memberitahu beratus-ratus penyokongnya yang hadir dalam majlis nyalaan lilin setiakawan untuk berjanji supaya tidak mengundi BN berikutan ketiadaannya.

"Tolong, berjanji dengan saya, sama ada saya bertanding di Batu atau tidak, pastikan anda tidak mengundi calon BN," katanya.
Share on Google Plus

About Editor Akhbar Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan