Tujuh muka baru Exco Selangor

Kerajaan negeri Selangor membariskan tujuh muka baru Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Selangor (Exco) bagi penggal 2018 kali ini.

Muka baru adalah Adun Lembah Jaya, Haniza Mohamed Talha (PKR); Adun Kinrara, Ng Sze Han (DAP); Adun Seri Setia, Dr Shaharuddin Badaruddin (PKR) dan Adun Kajang, Hee Loy Sian (PKR).

Adun Seri Serdang, Dr Siti Mariah Mahmud (Amanah); Adun Pandan Indah, Ir Izham Hashim (Amanah) dan Adun Selat Klang, Datuk Abdul Rashid Asari (Bersatu) turut membarisi portfolio baru berkenaan.

Pada masa sama tiga muka lama turut dikekalkan, mereka adalah Adun Bandar Baru Klang, Datuk Teng Chang Khim (DAP), Adun Sungai Tua, Amiruddin Shari (PKR) dan Adun Kota Kemuning, V Ganabatirau (DAP).

Kesemua 10 Adun Pakatan Harapan itu mengangkat sumpah dalam Istiadat Angkat Sumpah Jawatan dan Ikrar Aku Janji serta Pengurniaan Surat Cara Pelantikan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri 2018 di Balairung Seri, Istana Alam Shah, di jam 3.00 petang tadi.

Majlis angkat sumpah itu dilakukan di hadapan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Turut mencemar duli Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Norashikin dan Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah.

PH mendapat majoriti dua pertiga dengan memenangi 51 daripada 56 kerusi Dun Selangor.
Share on Google Plus

About Editor Akhbar Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan