Tuntutan Hindraf 2.0 tidak mewakili pendirian Hindraf terhadap PH

Hindraf hari ini menafikan pihaknya menghantar tuntutan untuk kaum India kepada Majlis Penasihat Kerajaan Pakatan Harapan seperti dilaporkan media semalam.

Susulan itu pelbagai komentar daripada rakan-rakan parti dalam Pakatan Harapan dan NGO yang tidak bersetuju dengan desakan Hindraf 2.0 itu.

Pengerusi Hindraf P. Waytha Moorthy berkata, tidak wujud organisasi seperti Hindraf 2.0 yang mendakwa mewakili Hindraf dan kaum India di negara ini.

“Hindraf ingin menjelaskan bahawa kami tidak menghantar apa-apa tuntutan kepada Kerajaan Pakatan Harapan walaupun ia dilaporkan secara meluas oleh media arus perdana, bahawa Hindraf yang diketuia P. Uthayakumar telah mengemukakan tuntutannya atas nama Hindraf 2.0.

“Tidak ada organisasi seperti Hindraf 2.0 yang diketui oleh pemimpin P. Uthayakumar yang mana beliau tidak pernah menjadi sebahagian daripada kegiatan Hindraf sejak 2008 kerana mahu menubuhkan parti politiknya sendiri.

“Tindakannya telah menyebabkan kekeliruan, kemarahan dan kebencian di kalangan orang ramai,” ujarnya dalam kenyataan hari ini.

Justeru Hindraf terbuka untuk menjemput Uthayakumar secara rasmi menyertai menjadi ahli Hindraf jika dia mahu berbuat demikian.

“Membingungkan orang ramai dengan nama yang sama kepada Hindraf tidak membantu perjuangan kita untuk mencari penyelesaian yang kekal dan komprehensif kepada masalah rakyat.

“Hindraf berjaya dalam kempen Zero Vote to BN selama 2 tahun yang lalu dan selama hampir 1 tahun telah bekerja keras dengan Tun Dr. Mahathir untuk memastikan kemenangan Pakatan.

“Lebih daripada 300 pameran bergerak dan mesyuarat telah diadakan sepanjang 18 bulan yang lalu untuk memastikan BN kalah tetapi Uthayakumar tidak mengambil bahagian dan tidak menyokong apa-apa langkah untuk bekerjasama dengan Tun Dr. Mahathir atau Pakatan Harapan sebelum PRU14
“Saya ingin menyatakan dengan jelas kepada Uthayakumar. Perang berakhir dengan kekalahan BN. Uthayakumar mesti menghentikan konfrontasinya dan menyertai semua yang kini bekerja keras untuk membina sebuah negara baru Malaysia.

“Sudah tiba masanya untuk membina semula masyarakat di Malaysia baru yang merupakan hasil kerja keras semua orang yang menyokong Pakatan.

“Tun Mahathir telah memberikan komitmennya kepada Hindraf untuk menyelesaikan isu-isu lama dan kami sudah bekerjasama dengan Tun dan pemimpin Pakatan lain.

“Oleh itu, tidak masuk akal untuk mengambil pendekatan yang konfrontatif terhadap kerajaan Pakatan bahawa Hindraf telah disokong sepenuhnya berbanding dengan rintangan yang dihadapi oleh Hindraf yang dihadapi Umno,” ujarnya.

Semalam dilaporkan Ketua Umum Hindraf, P Uthayakumar berkata, Hindraf 2.0 turut menuntut supaya UiTM dan Felda yang diwujudkan khusus untuk Bumiputera dan Melayu supaya dibuka untuk semua kaum terutama untuk kaum India dari golongan berpendapatan bawah 75 peratus (B75).

Pertubuhan tersebut telah menyerahkan memorandum mengandungi 25 tuntutan kepada kerajaan menerusi Majlis Penasihat Kerajaan di Menara Ilham.

Memorandum itu diterima Sekretariat Majlis Penasihat Kerajaan, Zawiyah Mohd Yusof.

Tuntutan lain Hindraf 2.0 ialah 20,000 lesen dan permit kerja bagi projek kerajaan, lesen penjaja kecil, memberikan taraf warganegara kepada warga India tidak memiliki dokumen diri.

Ia termasuk menangani isu kemiskinan golongan B75, isu pengsngguran, masalah jenayah, mengurangkan pengambilan pekerja warga asing, pemberian tanah seluas 0.8 hektar kepads kuil dan tanah seluas empat hektar bagi tanah perkuburan Hindu.

Uthayakumar berkata, kerajaan baharu pimpinan Tun Dr. Mahathir Mohamad wajar menimbang dan mengambil kira tuntutan Hindraf 2.0 selepas 80 peratus pengundi India menyokong PH pada Pilihan Raya Umum (PRU) lalu
Share on Google Plus

About Editor Akhbar Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan