Wakil rakyat DAP salur gaji pertama bantu langsai hutang kerajaan

IPOH, 26 Mei ― Ahli parlimen DAP akan menyumbangkan gaji pertamanya RM16,000 kepada Kementerian Kewangan.

Nga Kor Ming berkata wang berkenaan diharap dapat membantu kerajaan persekutuan membayar hutang yang ditinggalkan Barisan Nasional.

“Beberapa hari lalu negara dikejutkan selepas Kementerian Kewangan mendakwa hutang negara mencecah RM1.08 trilion.

“Kerajaan Pakatan Harapan (PH) mewarisi beban untuk membayar hutang berkenaan. Bagi membantu negara, saya menyumbangkan gaji pertama saya sebagai tanda solidariti dan patriotisme.

“Bagi menyelesaikan jumlah wang berkenaan bukan mudah apabila setiap warganegara termasuk bayi dan orang kurang upaya perlu membayar RM32,000.

“Ini disebabkan penggubahan wang haram dan pentadbiran yang lemah kerajaan lalu,” kata ahli parlimen Teluk Intan.

Usaha murni Nga itu turut disokong ahli parlimen Batu Gajah V Sivakumar dan ahli parlimen Ipoh Timur Wong Kah Woh yang menyumbangkan separuh gaji mereka RM8,000.
Share on Google Plus

About Editor Akhbar Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan