Guan Eng Perlu Sensitif

Oleh Mohd Sayuti Omar

Cara Lim Guan Eng menggunakan bahasan Mandrain dalam kenyataan akhbar (bertulis), tidak menjadi apa-apa masalah. Memang perlembagaan tidak melarang tindakan itu, dan ia dibolehkan.
Kalau atas tujuan untuk memberi kefahaman kepada wartawan Cina, mungkin ia masih dibolehkan dan tidak perlu dipertikiakan.

Tetapi apakah wartawan Cina yang mengikuti sidang medianya tidak memahami bahasa Malaysia (Melayu). Adalah malang kalau sesudah negara merdeka begitu lama masih ada warga negara ini tidak dapat memahami bahasa kebangsaan. 

Bagi saya tindakan Guan Eng itu tindakan yang berani. Dia sedang mencuba bagaimana untuk meliberalisasikan negara ini dalam menggunakan bahasa. Menteri Kewangan itu membuat ujian apakah “niat” tersembunyi di sudut hatinya dibantah atau pun tidak.

Kalau ia tidak dibantah beliau boleh terus praktikkan. Dan tidak mustahil selepas ini dia akan berbahasa Mandrain pula dalam memberi kenyataan akhbar kemudian disiarkan di televisyen dengan terjemahan dalam bahasa Melayu.

Ciri-ciri dibimbangi oleh setengah pihak kini sudah mula menyerlah. Adalah molek kalau Guan Eng sensitif perkara ini untuk mengelakkan keadaan lebih buruk berlaku. Kuasa yang diberikan kepadanya perlu dibatasi sebaik mungkin.

Apabila Guan Eng dikritikan mengenai penggunaan bahasa ini, maka orang mulai berasakan teguran Anwar Ibrahim kepadanya sebelum ini sebagai tepat. Trims.
Share on Google Plus

About Editor Akhbar Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan