Jadilah Macam Kera Kena Hujan

Oleh Mohd Sayuti Omar

Selepas seorang demi seorang para pemimpin pembangkang datang bersujud hormat kepada Dr Mahathir Mohamad.

Jika diambil kira apa yang mereka hemburkan semasa pilihan raya kepada Dr Mahathir tidak mungkin mereka sanggup untuk datang bersujud sawi kepada Dr Mahathir.

 Tetapi realitinya bila terdesak dan untuk menunut hak mereka, mereka datang juga.

 Perangai mereka tak ubah seperti pengamal atau penganut animisme, sanggup sembah pokok kayu atau busut jantan berhantu kerana yakin benda itu dapat memberi kelabaan kepada mereka.

Nah begitulah politik yang harus difahami. Ahmad Yakob dan Mohd Amar Nik Abdullah, masing-masing selaku MB dan TMB Kelantan datang bersembah sujud kepada Dr Mahathir.

Peristiwa ini memberi pengajaran kepada pemain politik khasnya penyokong taksub di bawah. Orang bawah main politik sampai ke tulang hitam.

Marah dan bencinya di antara satu sama lain Tuhan sahaja yang tahu. Tetapi cuba tengok pemimpin sesama pemimpin mereka boleh buat selamba, macam kera kena hujan sahaja untuk berjumpa di antara satu sama lain.

Maka kita dibawah ini tidak payah terus berkeras ken dan panas kepala, berbalah sesama sendiri, eloklah kita juga jadi macam kera kena hujan macam Ahmad Yakob, Mohd Amar dan Dr Mahathir itu. Trims.
Share on Google Plus

About Editor Akhbar Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan