Kerajaan kena bayar hutang 1MDB RM34.6 bilion hingga 2023

KUALA LUMPUR, 25 Jun ― Kerajaan dijangka perlu membayar hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB) berjumlah RM34.6 bilion sehingga 2023.

Menurut analisis firma Maybank Kim Eng Securities, pembayaran kupon dan prinsip ini bermula tahun depan, lapor Star Online.

Sebanyak RM1.7 bilion dibayar pada 2019, RM1.7 bil (2020), RM2.7 bilion (2021), RM15.4 bilion (2022) dan RM13.1 bilion pada 2023.

Selain kaedah ini, kerajaan boleh membeli bon di pasaran terbuka pada kadar 89 peratus, lebih murah berbanding menebus tunai pada tempoh matang.

Kerajaan menanggung hutang 1MDB sebanyak RM6.98 bilion sejak April 2017.

Jumlah ini termasuk penyelesaian dengan International Petroleum Investment Company (IPIC) berjumlah RM5.05 bilion, kata Menteri Kewangan Lim.
Share on Google Plus

About Editor Akhbar Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan