K'jaan disaran lantik menteri dari Kelantan

Kerajaan persekutuan disaran melantik seorang menteri dari Kelantan walaupun Pakatan Harapan gagal memenangi sebarang kerusi Parlimen di negeri itu.

Pengerusi Badan Perhubungan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Kelantan, Datuk Kamarudin Md Nor berkata langkah itu perlu diambil kepimpinan pusat bagi memperkuat pengaruh Pakatan Harapan di Kelantan.

Bercakap kepada pemberita di Pasir Putih semalam. Kamarudin berkata ia juga selaras dengan janji (Perdana Menteri) Tun Dr Mahathir Mohamad akan berlaku adil terhadap semua negeri.

Beliau berkata tanpa pelantikan itu, sukar bagi Pakatan Harapan untuk menyelaraskan projek-projek kerajaan persekutuan di Kelantan.

Bagaimanapun, beliau berkata pihaknya akan akur terhadap sebarang keputusan yang dibuat oleh pucuk pimpinan parti.

- Bernama
Share on Google Plus

About Editor Akhbar Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

1 comments:

  1. Bukan Kelantan sahaja, Terengganu pun, contohnya Datu Raja Kamarul Bahrin. Paling tidak, timbalan menteri.

    BalasPadam