Agenda perkauman sempit terus jaja politik kebencian

Agenda perkauman sempit yang dibangkitkan sesetengah pihak setelah tumbangnya kerajaan UMNO-Barisan Nasional jelas bertujuan memupuk politik ketakutan dan kebencian antara kaum di negara ini.

Antara dakwaan yang terus dijaja ialah mengulang semula skrip lapuk dengan dakwaan kononnya DAP yang kini berada dalam kerajaan merupakan sebuah parti anti-Islam, anti-Melayu, komunis dan sebagainya.

Ahli Parlimen Ipoh Timur Wong Kah Woh berkata, tohmahan yang dilihat sengaja dihalakan kepada DAP itu merupakan tohmahan ulangan.

“Mereka yang selalu mempermainkan sentimen dan isu perkauman ini haruslah sedar, bahawa apa yang kamu rosakkan bukan ke atas pihak lawan politik kamu, tetapi adalah ke atas dasar pembinaan negara yang telah diusahakan sejak merdeka lagi,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapannya di Parlimen baru-baru ini ketika membahaskan titah ucapan Agong.

Ketua DAPSY itu menegaskan, kepelbagaian kaum, agama dan budaya di negara ini perlu menjadi kekuatan kepada negara untuk terus maju ke hadapan dan bukan sebaliknya.

“Tidak ada satu negara yang lain di dunia mempunyai kelebihan seperti negara kita, dengan kepelbagaian bangsa, budaya dan cara hidup yang unik. Inilah kekuatan kita.

“Walaubagaimana pun, memang terdapat puak-puak yang tidak mahu merosakkan hubungan antara kaum demi kepentingan atau tujuan politik mereka, dengan kata-kata palsu dan bohong yang tidak berasas langsung,” ujar Kah Woh.

Perpaduan dan integrasi antara kaum di negara ini jelas beliau dapat dilihat daripada pengalamannya sendiri yang mengikuti pendidikan di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (SRJKC), Sekolah Menengang Jenis Kebangsaan (SMJK) dan sekolah menengah aliran kebangsaan sebelum melanjutkan pengajikan ke Universiti Islam Antarabangsa.

Jelasnya, latar belakang pendidikan dari SRJKC tidak menghalangnya untuk berintegrasi dengan rakan-rakan lain yang berbilang kaum di SMK.

“Identiti saya selaku seorang pelajar bukan Islam di UIAM turut tidak menghentikan rakan-rakan melayu dan muslim saya untuk menawarkan bantuan yang seikhlas-ikhlasnya kepada saya untuk membiasakan diri saya dengan kehidupan di kampus UIAM,” katanya lagi. –
Share on Google Plus

About Editor Akhbar Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan