Al-Fatihah : Adun Sungai Kandis meninggal dunia

SHAH ALAM - Adun Sungai Kandis, Mat Shuhaimi Shafie menghembuskan nafas terakhir di Pusat Perubatan di Subang Jaya jam 11.05 pagi tadi.

Berita itu dikongsi oleh Adun Bukit Melawati Juwairiya Zulkifli melalui laman twitternya sebentar tadi.

Allahyarham yang juga bekas Setiausaha Politik kepada Datuk Menteri Besar, meninggal dunia akibat penyakit kanser limfoma.

Jenazah Allahyarham akan diuruskan di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam sejurus selepas selesai urusan di hospital.


Jenazah kemudian akan disemadikan di Tanah Perkuburan Seksyen 21 Shah Alam dijangka selepas solat Asar.

Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dalam perkongsian twitter turut menzahirkan ucapan takziah.

"Al Fatihah. Saya amat sedih di atas kehilangan seorang teman sejati dalam perjuangan. Semoga roh Allahyarham Shuhaimi Shafiei ditempatkan di syurga yang penuh nikmat Allah SWT," tulisnya.
Share on Google Plus

About Editor Akhbar Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan