BTN akan dimansuhkan, kata Syed Saddiq BTN akan dimansuhkan, kata Syed Saddiq

Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Abdul Rahman hari ini mendakwa Biro Tata Negara  (BTN) akan dimansuhkan dalam masa terdekat.

Beliau berkata perbincangan mengenai perkara sedang dijalankan dan pengumuman akan dibuat “tidak lama lagi”.

“Izinkan saya memberitahu anda , BTN akan dimansuhkan … hanya menunggu pengumuman yang akan dibuat tidak lama lagi,” katanya.

Ahli Parlimen Muar itu bercakap di forum yang bertajuk “Landskap politik yang berubah dan aspirasi belia” di Universiti Sunway hari ini.

BTN pernah dicadangkan oleh Ahli Parlimen Setiawangsa, Nik Nazmi Nik Ahmad, agar ia dimansuhkan kerana berpendapat BTN ‘sangat memihak dan bersifat toksik terhadap perpaduan sejati negara’ dan masih beroperasi dalam ‘kerangka Perang Dingin’ sedangkan dunia sudah berubah.

Bagaimanapun kerajaan Pakatan Harapan (PH) akan mengkaji cadangan memansuhkan BTN yang dikemukakan beberapa pihak sebelum ini, kata Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Dalam manifesto Buku Harapan oleh kerajaan PH antara salah satu daripada manifesto yang sering diperkatakan adalah pemansuhan BTN.

Namun pada 5 Julai lalu Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Ali Hamsa, berkata, BTN merupakan antara 26 jabatan kerajaan yang dikekalkan di bawah Jabatan Perdana Menteri dan akan dirasionalisasi strukturnya. Ini menurut surat yang ditandangani oleh beliau pada 26 Jun lalu.
Share on Google Plus

About Editor Akhbar Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan