Pelantikan Datuk Mohamad Ariff Tepat Untuk Reformasi Parlimen


1. Biro Undang-Undang (KANUN), Parti Amanah Negara merakamkan ucapan tahniah dan mengalu-alukan pelantikan Datuk Mohamad Ariff Md Yusof sebagai Yang Dipertua Dewan Rakyat yang baru semasa pembukaan sidang Dewan penggal pertama Parlimen ke-14 semalam.

2. KANUN melihat pelantikan beliau adalah suatu pilihan yang tepat dan ditunggu-tunggu oleh mereka yang mahu menyaksikan reformasi Parlimen terus berjalan dalam negara kita.

3. Sebagai seorang tokoh perundangan yang disegani, pengalaman luas Datuk Mohamad Ariff dalam bidang pendidikan, korporat, amalan guaman dan kehakiman adalah ramuan dan aset yang penting untuk beliau meneruskan agenda reformasi badan pembuat dasar tertinggi negara tersebut.

5. Di samping itu, KANUN berkeyakinan bahawa kepakaran dalam bidang perlembagaan dan undang-undang pentadbiran akan memberikan keupayaan kepada beliau untuk mengendalikan proses legislasi atau penggubalan undang-undang negara.

6. Malah sehingga ke hari ini, Datuk Mohamad Ariff masih berperanan sebagai penasihat KANUN dalam bidang perundangan.

7. KANUN juga akan terus menyokong agenda reformasi perundangan ke arah membina semula Malaysia yang baru.

"Amanah, Progresif, Peduli"
WAN ANWAR BIN WAN IBRAHIM
Timbalan Pengerusi
Biro Undang-Undang (KANUN)
Parti Amanah Negara
17 Julai 2018M / 4 Zulqaedah 1439H
Share on Google Plus

About Editor Akhbar Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan