Petua berdepan makhluk 'tong kosong'

Oleh Azizi Ahmad

Menghadiri mesyuarat yang tidak berkesudahan adalah sesuatu yang rutin ditempat kami. 
Tiada sesiapa juga di antara kami yang bersetuju atau petah membantah; menghadiri mesyuarat bagi kami hanyalah bagi memastikan kehadiran dicatat dan menunggu masa untuk pulang.

Selepas satu mesyuarat diadakan baru-baru ini, saya menerima satu mesej pendek dari salah seorang rakan sekerja saya yang berbunyi, “Bro, ketika anda membuat pembentangan tadi, “tong kosong” asyik memandang dan mencemik anda. Dia kelihatan terganggu dengan pembentangan anda”.

Saya tidak berkata apa-apa selain berterima kasih kepada rakan sekerja saya, kerana kebanyakan orang tahu siapa yang beliau maksudkan.

Dalam mana-mana mesyuarat yang dilangsungkan, pengerusi akan membuka peluang pada ahli mesyuarat untuk menyuarakan pandangan atau pendapat sebelum mesyuarat ditamatkan.

Dan “si tong kosong” akan muncul, laki-laki atau perempuan; muda atau tua, bengap atau pintar, beliau akan paling kuat menyuarakan hujahan beliau.

Orang ramai akan mendengar apa yang telah mereka lakukan setakat ini, memaklumkan tugas-tugas yang mereka lakukan, menggambarkan tugasan mereka yang rajin, membuat orang lain percaya bahawa mereka adalah sebahagian besar program yang berlangsung.

Terdapat sejumlah bilangan individu yang menjengkelkan berada dalam acuan hebat ini. Anda tentunya tidak akan bersama mereka pada bila-bila masa.

Terdapat banyak sebab dan teori tentang mengapa mereka berkelakuan sebegini. Punca itu tidak penting. Apa yang penting adalah cuba jangan terlibat dengan mereka.

Plato dikatakan menggunakan istilah “tong kosong” sebagai sesuatu yang mengeluarkan dan membuat bunyi yang paling kuat, yang dikaitkan dengan mereka yang mempunyai kecerdasan yang rendah tetapi gemar mengaku mereka sebagai yang tahu segala-galanya.  Mereka sering dikaitkan juga dengan “cakap tidak serupa bikin”.

Frasa tong kosong yang membuat bunyi bising adalah ungkapan yang bererti orang yang sering paling banyak bercakap berdegar-degar tentang pendapat mereka, adalah juga mereka yang  yang paling jahil. Ada juga yang menyebutnya sebagai “tin kosong” (pepatah Melayu).

‘Kawan, jangan jadi seperti “tong kosong”, rakan sekerja saya menghantar mesej kepada saya lagi. Saya menjawab, “Jangan risau, saya adalah saya.”

Saya tidak perlu membuktikan apa-apa atau meyakinkan orang lain tentang apa yang saya lakukan dalam tugasan saya.

Saya tidak perlu menunjukkan hasil kerja kepada orang lain mengenai apa yang saya telah lakukan; Saya mempunyai laluan sendiri ke destinasi saya.

Semua orang tahu kekuatan dan kelemahan mereka yang bergelar “tong kosong”; anda hanya perlu melakukan yang terbaik atau kadar kemampuan anda sahaja; memberitahu orang lain bahawa anda adalah lebih baik daripada yang lain, tidak akan disenangi oleh rakan anda yang lain.

Mereka yang gemar “bercakap besar” sebenarnya cuba menutup kelemahan mereka. Pencapaian sebenar akan dengan sendiri menunjukkan hasil.

Apabila rakan sekerja anda melakukan sesuatu yang baik untuk organisasi, berikan sokongan dan tunjukkan minat. Anda tentu akan belajar sesuatu daripadanya.

Sebagai sebahagian daripada ahli pasukan, semua orang mungkin mahu berkongsi apa yang mereka tahu dan kita perlu menerima perkongsian mereka.

Anda akan menemui “tong kosong” di mana-mana; di tempat kerja, sosial, dengan keluarga dan juga dengan orang asing di khalayak ramai. Setiap situasi memerlukan strategi yang berbeza untuk menghadapinya.

Di tempat kerja, pelakunya mungkin ketua anda, rakan sekerja, atau orang bawahan.
Dalam berurusan dengan ketua anda, anda hanya perlu memberi ruang dan memfokuskan perbincangan anda mengenai isu-isu kerja tertentu sahaja.

Maklumkan dengan mengatakan bahawa anda perlu kembali bekerja dan perbincangan hendaklah singkat.

Apabila bertemu rakan sekerja, berpegang kepada urusan. Elakkan perbualan sosial untuk mengelak tingkah laku yang menjengkelkan. Sentiasa bersikap sopan. Jangan menghina, meletakkan atau memalukan sesiapa pun.

Mengadakan perbualan singkat dan memohon izin untuk kembali bekerja juga adalah berkesan.

Dengan orang bawahan anda, tunjukkan contoh melalui teladan. Mengendalikan jenis kelakuan yang anda anggap wajar.

Sekiranya ada sesuatu yang tidak kena, jangan kritik di depan orang ramai, elok bertemu secara bersendirian.

Pengendalian dengan ahli keluarga adalah lebih mencabar; anda mungkin tidak dapat mengelakkan atau meminimumkan interaksi. Anda boleh cuba mengubah subjek seiring yang diperlukan.

Anda tidak akan dapat mengubah orang yang “keras hati”, jadi jangan membazirkan tenaga.

Anda berhak untuk berinteraksi dengan sesiapa saja dalam masyarakat. Anda boleh mengelak individu yang mengganggukan. Mengelak dari bertemu boleh dijadikan pilihan.

 Apabila berhadapan dengan “tong kosong”, anda tidak perlu menunjuk baik atau memberi respon.
Hanya kerana seseorang mengajukan anda soalan atau membuat kenyataan yang menjengkelkan, tidak bermakna anda perlu menjawabnya.

Apabila menghadapi “tong kosong”, tidak mudah untuk meyakinkan mereka. Anda tidak dapat mengubah tingkah laku mereka. Anda tidak perlu mempertahankan diri.

Ada pepatah berbunyi “Jangan pernah membantah dengan orang bodoh, pemerhati mungkin tidak dapat memberitahu perbezaannya,” mungkin ada kebenarannya.

Berilah laluan dan biarkan “tong kosong” bergolek dengan sendirinya. Atau “biarkan si luncai terjun dengan labunya.’

* Azizi Ahmad adalah seorang pendidik.
Share on Google Plus

About Editor Akhbar Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan