Pilihan speaker HARAPAN bakal gugat k’jaan Kedah

Tindakan Pakatan Harapan (HARAPAN) untuk menamakan Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul sebagai speaker Dewan Rakyat bakal mencetuskan pilihan raya kecil (PRK), kata penasihat Lawyers for Liberty, N Surendran.

Surendran, yang pernah menjadi Ahli Parlimen Padang Serai, berkata ini kerana Johari juga adalah ADUN Gurun.

"Mengikut Perkara 57 (4) perlembagaan persekutuan, seorang ADUN yang dipilih sebagai speaker Dewan Rakyat mesti 'mengundurkan diri dari DUN sebelum menjalankan tugasnya.'

"Ini bermakna Johari harus meletak jawatan kerusi DUN Gurun, yang akan mencetuskan pilihan raya," katanya.

Tambahan pula, Surendran berkata adalah berisiko untuk Johari berbuat demikian kerana ia boleh mengancam kerajaan negeri Kedah.

"Walaupun HARAPAN berjaya membentuk kerajaan negeri Kedah, DUN sekarang terikat dengan 18 wakil HARAPAN dan 18 lagi wakil dari PAS dan Umno.

"Membuka jalan supaya pilihan raya kecil di Gurun akan menjadi langkah berisiko dan tidak bijaksana oleh HARAPAN, memandangkan keseimbangan kuasa yang tidak menentu," katanya.

Surendran berkata pilihan raya kecil juga akan menelan wang dan ia sesuatu yang tidak diperlukan.

"Ini (PRK) sesuatu yang tidak perlu, kerana terdapat ramai calon berkelayakan lain yang boleh dilantik sebagai speaker oleh HARAPAN.

"PRK bukan perkara kecil, dan menjadi tidak adil kepada pengundi Gurun, yang baru saja mengundi dan memilih wakil negeri mereka," katanya.

Johari memenangi kerusi DUN Gurun dengan majoriti 4,207 undi dan kerusi Parlimen Sungai Petani dengan majoriti 21,569 undi.
Share on Google Plus

About Editor Akhbar Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan