Satu calon PRK; PAS, BN adik-beradik, kata PM

KUALA LUMPUR,  — Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan PAS dan Barisan Nasional (BN) sebagai “adik-beradik” dalam soal peletakan calon bagi pilihan raya kecil (PRK)  Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis.

Susulan proses penamaan calon hari ini, PRK itu akan menyaksikan pertandingan tiga penjuru membabitkan calon BN Datuk Lokman Noor Adam, Mohd Zawawi Ahmad Mughni dari PKR dan calon Bebas, K. Murthy.

Ditanya sama ada langkah PAS tidak meletakkan calon ialah untuk memberi laluan mudah kepada calon BN, Dr Mahathir yang juga pengerusi Pakatan Harapan dengan ringkas menjawab: “Mereka adik-beradik.”

Beliau ditemui pemberita pada majlis rumah terbuka Aidilfitri anjuran Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail di sini.

Turut hadir isterinya Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali dan menteri-menteri Kabinet.

PRK DUN Sungai Kandis dijadual berlangsung pada 4 Ogos berikutan kematian penyandang kerusi itu, Mat Shuhaimi Shafiei pada 2 Julai lepas akibat kanser limfoma. — Bernama
Share on Google Plus

About Editor Akhbar Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan