Kerjasama Umno, pemimpin Pemuda PAS sertai Amanah

SHAH ALAM, 12 Sept — Pengarah pilihan raya Pemuda PAS Selangor menyertai Parti Amanah Negara (Amanah) berikutan kecewa parti itu bekerjasama dengan Umno.

Hairul Nizam Tohar “tidak gembira” dengan kerjasama dalam dua pilihan raya kecil (PRK) baru-baru ini, lapor Selangor Kini, akhbar rasmi kerajaan Selangor.

“Desas-desus PAS mahu bersama Umno sudah lama saya dengar dan kaji. Akhirnya bila PRK DUN Sungai Kandis, ia jadi kenyataan, maka sampailah masa saya meninggalkan PAS,” katanya.

Beliau berkata PAS juga secara terang-terangan menyokong MCA yang sebelum ini lantang menentang pelaksanaan hudud.

Hairul menjangka ramai ahli PAS akan keluar parti atau duduk diam sahaja, malah ramai yang tidak mengundi pada PRK Sabtu minggu lalu.

“Pemuda PAS Kota Raja juga memohon penjelasan daripada pimpinan berkenaan langkah bergandingan dengan Umno,” katanya.

PAS tewas PRK Sungai Kandis bulan lalu dan Seri Setia ketika menentang calon Pakatan Harapan (PH).
Share on Google Plus

About Editor Akhbar Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

1 comments:

  1. Syabas, Saudara Hairul Nizam. Keputusan itu tepat. Semoga saudara memperoleh kebaikan dunia dan akhirat.

    BalasPadam