Kosongkan kerusi Port Dickson, PKR bukan khianati rakyat

PETALING JAYA, 12 Sept ― Tindakan wakil rakyat parlimen Port Dickson mengosongkan kerusi itu untuk Datuk Seri Anwar Ibrahim bukan pengkhianatan kepada rakyat.

Datuk Danyal Balagopal Abdullah berkata beliau tetap berada di kawasan dan sentiasa mendengar masalah rakyat tempatan untuk ketua umum PKR, lapor Berita Harian.

“Saya akan terus berkhidmat kepada rakyat terutama golongan miskin di kawasan kampung dan pedalaman,” katanya kepada media di ibu pejabat parti itu di sini.

“Saya tidak akan tinggalkan mereka [rakyat Port Dickson]. Mesej sudah jelas bahawa rakyat sudah tahu dan mereka gembira mendapat khabar bahawa Anwar akan bertanding di sini”.

Setiausaha agung PKR pula berkata tindakan itu cara betul melalui proses pilihan raya dan “memenuhi konsensus dicapai Pakatan Harapan membolehkan Anwar” menjadi ahli parlimen.
“Selepas itu, Anwar akan menjadi ahli parlimen semula dan jika menang akan diangkat menjadi perdana menteri seperti dipersetujui PH,” kata Datuk Saifuddin Nasution Ismail.

“Selepas kelayakannya direntap dan ditarik apabila dimasukkan ke penjara sehingga peluang dia berkhidmat kepada rakyat dinafikan,” katanya.

Naib presiden PKR Rafizi Ramli pula menyifatkan langkah itu tidak melanggar mandat rakyat demi mengotakan janji yang ditawarkan kepada rakyat.
Share on Google Plus

About Editor Akhbar Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan