Pemuda AMANAH alu-alukan penyertaan Ustaz Hassan Mahmud

Pemuda AMANAH berbesar hati mengalu-alukan penyertaan Datuk Ustaz Hassan Mahmud Al-Hafiz ke dalam parti AMANAH.

Naib Ketuanya, Shazni Munir Mohd Ithnin berkata, penyertaan beliau yang diumumkan sendiri oleh Naib Presiden, Datuk Mahfuz Omar pastinya akan lebih membantu AMANAH dalam merealisasikan konsep Rahmatan Lil Alamin di tengah-tengah kemajmukan umat.

“Sebagai tokoh pendakwah senior yang dihormati segenap lapisan masyarakat, penyertaan Datuk Ustaz Hassan Mahmud juga diharapkan mampu menarik lebih ramai lagi agamawan untuk bersama-sama AMANAH,” kata beliau dalam kenyataan medianya hari ini.

Tambahnya, Datuk Ustaz Hassan juga boleh berperanan aktif dalam Majlis Penasihat Pakar (MPP) AMANAH yang kini diterajui oleh Ustaz Ahmad Awang, Penasihat Umum AMANAH.

Lebih penting kata beliau, penyertaan ini telah membuktikan bahawa perjuangan Islam itu luas dan universal, bukan hanya terhad kepada satu parti atau jemaah sahaja.

“Telah sampai masa dan ketikanya untuk agama ini bernadi secara substantif, meraikan kepelbagaian sebagai satu rahmat.

“Selamat datang ustaz. Selamat datang dalam keluarga besar AMANAH,” katanya
Share on Google Plus

About Editor Akhbar Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan