Jemaah Penasihat Umno akan bincang kedudukan Zahid


KUALA LUMPUR - Jemaah Penasihat Umno akan membincangkan kedudukan Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi termasuk beberapa perkara lain dalam mesyuarat jemaah itu tidak lama lagi.

Pengerusinya, Tengku Razaleigh Hamzah berkata, tekanan kian memuncak selepas Ahmad Zahid didakwa dengan tuduhan rasuah malah ada ahli parti mendesak Ahli Parlimen Bagan Datuk itu mengambil cuti.

“Saya ada baca dalam akhbar dan blog, ada yang meminta beliau mengambil cuti sehinggalah siasatan selesai. Ada juga yang mahu beliau berhenti sekarang.

“Ada individu tertentu berkata sedemikian tapi saya tidak dengar perkara itu datang daripada akar umbi,” katanya memetik laporan New Straits Times, hari ini.

Beliau yang turut dikenali dengan nama Ku Li berkata konvensyen parti ada menetapkan pemimpin parti perlu bercuti jika beliau didakwa dengan tuduhan jenayah.

Menurutnya, perkara sedemikian pernah berlaku kepada beberapa pemimpin parti yang ditahan kerana pertuduhan jenayah.

“Sekiranya Zahid berhenti, perlu ada pemilihan semula,” katanya
.
Ahmad Zahid yang mengambil alih jawatan Presiden Umno daripada Datuk Seri Najib Razak berdepan 45 pertuduhan di Mahkamah Kuala Lumpur, semalam.

Begitupun, bekas Timbalan Perdana Menteri itu mengaku tidak bersalah terhadap semua pertuduhan dibacakan kepadanya.
Share on Google Plus

About Editor Akhbar Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan