Masalah Orang Pas

Oleh Zolkharnain Abidin Al-Abyadhi

1. Orang Pas rasa diri mereka lebih Islam daripada orang lain hanya kerana beramal dengan suatu cabang ajaran Islam yang dilihatnya tak diamal oleh orang lain.

2. Contohnya, apabila dia amalkan sunnah pakai serban, dia anggap dia lebih Islam berbanding orang yang tak amalkan sunnah pakai serban.

3. Padahal, boleh jadi orang yang tak amalkan sunnah pakai serban mengamalkan sunnah yang lain secara senyap-senyap, misalnya konsisten dengan solat sunat sebelum subuh.

4. Begitu juga, orang Pas rasa partinya lebih Islam daripada parti lain kerana partinya ada label Islam.
5. Sedangkan, parti lain walaupun tak ada label Islam, tapi konsisten dengan usaha mengurustadbir alam dengan neraca akhlak.

6. Orang Pas rasa diri dan parti mereka lebih Islam daripada orang dan parti lain kerana mereka menggunakan neraca diri dan parti mereka untuk mengukur diri dan parti orang lain.

7. Setiap sesuatu ada neracanya tersendiri. Neraca ukuran panjang serban ialah meter tapi neraca ukuran bilangan ahli Pas ialah orang.

8. Jika orang Pas guna neraca diri mereka atau parti mereka untuk ukur keislaman orang dan parti lain, selama itulah faham takfiri tak akan terhakis daripada parti itu.
Share on Google Plus

About Editor Akhbar Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

1 comments: