PRK Rantau adalah penghujung hayat UMNOPAS?

Oleh Shah Iskandar

memulakan bicara biar saya flash back dulu apa yg berlaku pasca 9 mei. Umum mengetahui selepas kerajaan PH tertegak, harapan rakyat kpd kerajaan baru ini terlalu tinggi seolah-olah kehidupan mereka akan bertukar 100% tapi sayangnya harapan tinggal harapan dan pengharapan rakyat kpd kerajaan PH semakin tipis. Antara puncanya yg paling utama adalah kegagalan kerajaan memenuhi beberapa janji manifesto dan jugak kos hidup yg semakin tinggi walaupun mereka dijanjikan dengan pelbagai kata-kata manis oleh pemimpin-pemimpin PH semasa PRU ke-14.

Sayangnya, harapan tinggal harapan tetapi hidup perlu jua diteruskan.
Episod kpd kebangkitan rakyat menentang kuat kerajaan PH ini bagi pendapat saya kemuncaknya adalah semasa berlaku tragedi kuil hingga menyebabkan arwah adib terkorban. Pasca isu tersebut pihak2 pembangkang terus memainkan isu perpaduan melayu untuk menagih simpati rakyat dan akhirnya mereka berjaya menerusi keputusan di PRK semenyih.

Walaupun bagi saya, PH tidak akan kalah jika mereka meletakkan seorang calon yg lebih berwibawa berbamding saudara aiman mungkin keputusannya akan berubah tetapi nasi sudah menjadi bubur dan para pemimpin PH dan penyokongnya perlu menerima keputusan dngn hati yg terbuka. Ada juga hikmahnya kekalahan PH di semenyih kerana ia akan menjadi wake up call untuk PH kembali bangkit dan segera mengawal isu-isu kebencian agama dan kaum dengan tegas supaya tidak menjadi barah yg akan merosakkan negara pada masa depan.

Sekarang di PRK rantau adalah sebenarnya ujian dan pertarungan yg paling ditunggu-tunggu oleh semua pihak dan inilah masa yg paling sesuai untuk kerajaan PH segera mematikan terus momentum kebangkitan umno dan pas dalam politik malaysia.

Peluang untuk PH menang walaupun bagi pendapat umum mengatakan sangat sukar tetapi bagi saya PH akan menang di PRK rantau Insyaallah. Hal ini kerana  Rantau adalah kawasan yg mana jumlah pengundi antara melayu dan bukan melayu adalah hampir setara. Tambahan pula, calon yg akan dikemukakan oleh BN bukan calang-calang iaitu org no satu umno dan juga bekas MB Negeri sembilan iaitu DS mohamad hassan ataupun lebih dikenali sebagai tok mat. Tambahan pula Pas dari awal2 lagi sudah memberikan sokongan padu dalam usaha memenangkan tok mat. Kekalahan tok mat dlm PRK rantau akan memberi pukulan maut bukan sahaja kpd UMNO tetapi juga kpd pas.

Disini saya coretkan mengapa PH akan menang di Rantau. Antaranya :

a) faktor calon.

Sebenarnya BN lebih selesa untuk menentang calon Melayu dari calon india. Hal ini kerana apabila kaum melayu diletakkan gerak kerja kempen dan isu dominan yg akan dimainkan oleh BN semestinya isu melayu dan agama. BN akan menonjolkan mereka adalah pejuang sejati melayu sementara PH pula adalah boneka kpd DAP. Apabila PH meletakan calon india bermaksud isu melayu dan islam terus tidak relevan kerana BN perlu kpd undi bukan melayu jgk untuk mereka menang. Disinilah peluang yg akan digunakan oleh PH untuk membangkitkan tentang kesedaran rakyat tentang perlunya calon PH menang dirantau supaya kawasan Rantau akan mendapat manfaat yg besar dari segi pembangunan dan peruntukkan.

b) faktor tok mat

Selain itu, antara faktor yg bagi saya memberi kelebihan kpd calon PH untuk menang adalah kerana PH turun sebagai underdog dan BN akan turun sebagai calon pilihan. Hal ini akan menyebabkn BN akan lebih merasai tekanan dan gelora apatah lagi calon mereka adalah tok mat dan mereka perlu menang untuk terus menyemarakkan api perjuangan mereka. Sementara calon PH hanya perlu mendekati rakyat dngn lebih dekat sambil memberi penerangan yg sewajarnya sahaja. Tok mat dan BN pastinya akan memggunakn pelbagai cara dan helah tapi sayangnya mereka bukan lagi memegang kuasa dan bg saya untuk mereka bertindak dan berkempen secara agresif adalah amat terhad. Dulu mereka akan menggunakan seluruh jentera kerajaan dan media-media massa dngn semahunya tetapi kini mereka hanya boleh menggunakan kempen ceramah dan media sosial sahaja. Disitu kita akan nampak kelebihan kpd calon dari PH

Kesimpulannya, PRK rantau adalah satu medan yg sesuai dan tiba tepat pada masanya untuk PH kembali bangkit dngn penuh wibawa dan membenamkan terus semangat juang UMNOPAS sehinggalah PRU ke 15 tiba. Semoga PH akan menang walaupun dngn 1 undi di rantau nanti.
Share on Google Plus

About Editor Akhbar Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan