Antara Realiti Dan Persepsi - Penilaian Prestasi Kerajaan PH

Oleh HAYAR HASSAN

Tanggal 10 Mei 2018 merupakan tarikh yang amat bersejarah dalam politik Malaysia. Buat sekian lama sekitar 61 tahun , pengundi-pengundi berdaftar negara ini memilih sebuah Kerajaan baru untuk menerajui pemerintahan negara tercinta ini. Rupanya rakyat negara ini tidak mahu ketinggalan dalam menyahut sentimen pembaharuan dan reformasi. Negara-negara jiran seperti Republik Indonesia, Thailand, Myanmar dan Filipina telah juga berjaya membuat perubahan kepada parti yang sebegitu lama memerintah. Cuma Singapura dan Brunei Darussalam yang belum melakukan perubahan, mungkin kerana masanya belum tiba untuk mereka melakukan sebarang perubahan terhadap landskap politik negara mereka.

Setelah setahun Kerajaan Pakatan Harapan(PH) mengambil alih pentadbiran Malaysia, tentulah masing-masing daripada rakyat Malaysia merasa berhak untuk memberikan penilaian terhadap prestasi Kerajaan PH yang membawa slogan MALAYSIA BARU. Hatta parti-parti pembangkang dan pimpinan-pimpinan Badan-Badan Bukan Kerajaan(NGO) juga tidak melepaskan peluang memberikan penilaian. Kelihatan nya Kerajaan PH memberikan ruang yang agak luas untuk rakyat memberikan kritikan, komen dan penilaian. Tiada sebarang sekatan, berbeza semasa era pemerintahan BN lalu. Dahulu, semasa era BN, kritikan yang berlebihan oleh penjawat-penjawat utama dalam Perkhidmatan Awam akan berakhir dengan penyingkiran. Contoh-contoh nya tidak perlu diulang-ulang kerana umum telah mengetahuinya.

YAB Tun Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Malaysia ke 7 memberikan kenyataan bahawa beliau sendiri bersedia untuk dikritik ! Itu lah demokrasi MALAYSIA BARU.

Namun demikian, kita hendaklah menjadi seorang yang bertanggongjawab terhadap sebarang kenyataan yang kita buat dalam memberikan pandangan dan penilaian. Kenyataan yang berbaur fitnah dan pembohongan wajar di ketepikan. Kata orang bijak pandai, “ Mengkritik itu terlalu mudah, memberikan teguran yang membina itu yang susah !”.

Lazimnya apabila kita hendak memberikan kritikan yang membina, kita perlu membuat sedikit penyelidikan dan mencari fakta-fakta, bukannya dilontarkan secara “ Sembrono seenak dewe”.

Memberikan komen yang membina memerlukan kita perlu membuat sedikit penyelidikan atau pun minimanya membuat carian daripada beberapa sumber rujukan yang boleh dipertanggongjawabkan. Ini lah yang boleh disimpulkan sebagai realiti. Bukan nya cakap-cakap kosong yang kadang kala hanya sedap di mulut saja dan memuaskan emosi individu-individu tertentu.

Berlainan pula dengan “ Persepsi”(Perception). Persepsi lebih kepada pandangan peribadi sesaorang individu ke atas sesuatu isu yang banyak dipengaruhi oleh sentimen peribadi dan dalam banyak hal berisi “berat sebelah” yang berlebihan.

Dalam hal ini saya ingin merujuk kepada tajuk sebuah tulisan berkaitan penilaian sebuah NGO terhadap prestasi Kerajaan PH selepas 1 tahun. Adalah terlalu dangkal dan memualkan apabila dikatakan bahawa prestasi PH selepas 1 tahun hanya sekadar “ 0 %”. Ini bermaksud setelah 1 tahun memerintah, Kerajaan PH tidak memberikan sebarang sumbangan kepada kesejahteraan rakyat !

Wal hal, seperti yang kita ketahui, terlalu banyak yang telah dilakukan oleh Kerajaan PH. Perdana Menteri Malaysia ke 7, YAB Tun Dr Mahathir Mohamad dan barisan kabinet nya kurang masa tidur malam mereka kerana bertungkus lumus memerah otak dan bermesyuarat untuk memperbaiki masalah ekonomi negara demi kesejahteraan rakyat.

Yang melucukan, setelah beberapa waktu muncul pula tulisan daripada pihak yang sama meramalkan bahawa PH akan memenangi lagi PRU ke 15 ! Pandangan yang boleh berubah 360 darjah dalam waktu yang singkat !

Saya amat tertarik untuk memberikan respon terhadap beberapa pandangan dan tulisan yang mengajak rakyat Malaysia agar mengurangkan terlalu banyak bercakap soal politik. Setelah PRU 14 berlalu, wajar lah kita tumpukan masa untuk bekerja bukan nya untuk terus bercakap sahaja.

Keberhasilan sesuatu rancangan atau projek itu sememangnya bermula dengan lontaran idea melalui percakapan. Tetapi ianya akan hanya berhasil dengan wujudnya tindakan susulan dan kerja buat yang positif.

Dalam hal ini, saya melihat masyarakat Cina Malaysia sememangnya sering mengamalkan nya. Bagi mereka, setelah pengundi-pengundi membuat pilihan dalam sebarang PRU, berilah peluang Kerajaan yang memerintah bekerja menunaikan janji-janji pilihanraya mereka. Rakyat pula berhenti lah berpolitik , tumpukan segala tenaga, fikiran dan gerak kerja untuk merebut peluang-peluang yang ada.

Seandainya Kerajaan yang ada itu gagal menunjukkan prestasi yang baik, tukar sahaja kepada Kerajaan yang baru dalam PRU yang akan datang !

Namun demikian, untuk tempoh masa sekitar 5 tahun lagi, rakyat perlu meneruskan kehidupan seperti biasa. Perniagaan , kebun, ladang, tangkapan ikan, ternakan binatang dan perkhidmatan perlu diteruskan. Berehat lah sebentar untuk terlalu banyak bercakap soal politik.

Bercakap sahaja tanpa kerja buat yang positif tidak akan membawa kejayaan-kejayaan kepada kita. Malahan kalau terlampau banyak bercakap dengan niat hanya untuk mencari kesilapan orang lain boleh mengundang masalah kepada kita kerana ianya mungkin hanya fitnah dan pembohongan.
Bercakap dan tulis lah sesuatu yang boleh mendatang manafaat kepada seluruh masyarakat.Berhentikan lah bercakap atau menulis seandainya ianya hanya suatu fitnah dan pembohongan yang lahir daripada suatu persepsi yang tidak berasas.
Share on Google Plus

About Editor Akhbar Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan