Tarikh lantik PM ke-8 sedang dibincang, kata Anwar

BANGI, 15 Mei — Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau dan Tun Dr Mahathir Mohamad sedang berbincang mengenai tarikh peralihan jawatan perdana menteri.

Presiden PKR berkata perbincangan tersebut “berlaku dengan baik” dan beliau tidak berasa penyerahan kuasa itu mengundang masalah, lapor Berita Harian.

”Soal tarikh dan sebagainya [pelantikan sebagai perdana menteri] biarlah beliau berbincang dengan saya seperti yang sedang berlaku dengan baik,” kata Anwar.

Bercakap kepada media di Universiti Kebangsaan Malaysia hari ini, Anwar menegaskan beliau juga “tidak ada masalah sama sekali” dengan Dr Mahathir.

”Dr Mahathir punya peranan pada masa sekarang dan beliau harus diberi ruang,” kata wakil rakyat Port Dickson, yang dipecat daripada Kabinet pada 1998.
”Andai kata saya ambil alih [kepimpinan] pun, peranan Dr Mahathir tetap ada sebagai seorang negarawan yang banyak berjasa kepada negara kita.”
Anwar mengulas proses dilantik sebagai perdana menteri kelapan dalam tempoh setahun berdasarkan perjanjian bersama parti dalam Pakatan Harapan sebelum pilihan raya umum lalu.
Share on Google Plus

About Editor Akhbar Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan