DAP dah macam Pas?

Oleh XIFU NASER

TIDAK hairan bila Pas terdengar perkataan 'liberal' akan terus melompat histeria dan teriak, "Ini mahu promo LGBT!" Tidak hairan juga bila DAP terdengar perkataan 'khat', ada yang juga melompat histeria dan teriak, "Ini mahu Islamisasi!" Yang hairan ialah seorang Prof dalam DAP juga ikut melompat sekali dengan katak-katak yang lain untuk tengok siapa lompat paling tinggi dalam tempurung!

Sebagaimana kita tanya,"Setakat inikah tahap IQ ulama Pas?", kita juga tanya setakat inikah tahap IQ Prof DAP? Hakikatnya, liberal bukan sinonim dengan LGBT, dan khat tidak sinonim dengan Islamisasi.

Saya bagi analogi lain. Salah satu sebab utama mengapa ramai pelajar Muslim tidak fasih bahasa Inggeris (BI) walaupun sudah di wajibkan mempelajarinya di sekolah ialah wujud budaya yang anggap BI itu bahasa kafir! Bercakap BI dianggap pengkhianat agama. Tiada kawan yang mahu mendekatinya lagi.

Gejala ini sama dengan rakyat Malaysia yang anggap khat itu 'seni Muslim!' Belajar Inggeris jadi kafir, belajar khat jadi Muslim! Kalau budak-budak main tanglung, terus jadi 'hungry ghost'!Saya hargai MACMA Ipoh dan JAIP (Jabatan Agama Islam Perak). Mereka yang mempelopori bukan sekadar usaha main tanglung tetapi buat pertandingan tanglung. Mereka membenarkan pemuda Muslim belajar tarian singa. Walaupun mereka mendapat kritikan hebat daripada segolongan kecil ustaz dan dituduh 'liberal' dan 'pluralis', mereka teruskan usaha peradaban.

DAP kena belajar mindset 'liberal' dan 'pluralis' daripada JAIP! JAIPlah 'Prof' dialog peradaban yang sebenar.

Saya bagi analogi lain lagi. Bulan dan hijau dikaitkan dengan Islamisasi versi Pas. Bayangkan kalau ada Prof yang kata pelajar lukis bulan dan guna warna hijau adalah terjebak dalam Islamisasi!

Perkataan Dao dalam bahasa Cina bermakna 'jalan' tetapi ia adalah juga nama sebuah agama yang bergelar Daoisme. Bayangkan ada Prof yang kata pelajar yang berusaha cantikkan 'khat' perkataan Dao adalah terjebak dalam agama Daoisme!

Khat ini maksud bahasa Arabnya ialah lukisan garis. Bayangkan ada Prof yang suruh haramkan pelajar Muslim buat khat huruf 't' kerana ia adalah usaha mempromosi salib kristian!

Selagi wujud Prof atau ulama yang mindset monokultural dan bersifat eksklusif ini, DAP dan Pas takkan mampu membina gagasan Bangsa Malaysia. Yang paling lawak ialah alasan khat bukan identiti Malaysia.

Ini umpama Prof yang berkata nama Inggeris pada nama seperti Stephen Chow dan Bruce Lee bukan identiti Cina yang asal maka kena buang Stephen dan Bruce! Hinduisme pun bukan nama asal agama India. Ia dicipta oleh penjajah Barat. Nama sebenarnya ialah Sanatana Dharma! Adakah Prof DAP akan kata bahawa nama Hinduisme perlu dibuang juga?

Isu identiti berubah-ubah mengikut masa. Identiti Malaysia zaman P Ramlee berbeza dengan identiti Malaysia zaman Revolusi Industri 4.0. Negara China semakin berjaya kerana identiti berubah daripada komunisme kepada campuran komunisme dan kapitalisme.Masalahnya ialah ulama Pas dan Prof DAP tidak mampu menghadapi cabaran perubahan sosial apatah lagi Revolusi Industri 4.0.

Pemikiran masih lokal, katak di bawah tempurung, hudud dan liberalisme. Wujud penafsiran hudud dan liberalisme yang luas tetapi mengapa cenderung mengambil yang bersifat eksklusif?

Semasa artikel ini ditulis, DAP masih belum mencapai kata sepakat tentang isu lukis garis! Perlu syura para Prof untuk isu lukis garis? Sungguh 'xiao ren'!

Kit Siang bersifat 'junzi'. Tepat kata-katanya bahawa belajar jawi dan khat tidak mengurangkan kecinaannya. Bahkan ini menjadikan dia lebih menghayati makna menjadi rakyat Malaysia. Tetapi saya tidak setuju dengan hujah bahawa khat tidak patut diwajibkan.

Mindset Prof DAP begitu cetek, apatah lagi rakyat marhaen. Ramai ibu bapa tidak bersifat liberal. Mereka takkan benarkan anak mereka belajar khat kalau ia hanya optional.

Malaysia Baharu mahu memperkasakan komunikasi interkultural. Kewajiban belajar khat adalah permulaan usaha interkultural yang tepat.
Share on Google Plus

About Editor Akhbar Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan