KKM sekat peranti berupa jam tangan dan pen di sekolah

IPOH:Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan bekerjasama dengan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk menyekat pengunaan peranti vape secara besar-besaran dalam kalangan pelajar sekolah.

Timbalan Menteri Kesihatan, Dr. Lee Boon Chye berkata kewujudan peranti vape yang semakin canggih berupa jam tangan dan pen dilihat semakin berleluasa digunakan oleh pelajar sekolah.

“Kita juga bekerjasama dengan Kementerian Pendidikan supaya mengambil tindakan kepada murid-murid sekolah yang membawa alat vape tersebut ke sekolah.

“Apabila mereka mendapati murid ada alat tersebut ia akan disita oleh guru dan akan tetapi kita juga faham peranti vape itu sekarang begitu canggih ini ada yang macam pen, ada yang macam jam tangan,”  katanya dalam satu sidang media di sini pada Sabtu.

Menurut beliau lagi, pihaknya juga telah mengadakan sesi dialog dengan pihak industri vape berhubung larangan penjualan peranti vape dalam kalangan pelajar sekolah.

“Antara langkah yang diambil oleh industri adalah jam tangan itu telah dikeluarkan daripada pasaran sekarang, kalau ada orang nak beli dia kata "out of stock" bukan kerana demand terlalu tinggi. tetapi disebabkan pengilang telah diarahkan berhenti secara sukarela,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Boon Chye berkata pihaknya masih mengkaji mekanisme bagaimana gula-gula berasap atau ghost smoke boleh mengeluarkan asap.

Bagaimanapun hasil kajian awal mendapati tiada bahan berbahaya di dalam kandungan ghost smoke yang dijual di pasaran.
Share on Google Plus

About Editor Akhbar Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan