Oleh Mohd Mukhlis Mohd Sharif
Ada yang rasa tertekan bila melayari sosial media , banyak isu perkauman dan agama di bangkitkan sampai melampau batas, tapi bila dia tutup sosial media, keluar dia tengok rakyat malaysia masih aman. Dia sendiri tak faham kenapa perkara ini berlalu.Dalam post saya yang lepas rakyat malaysia biasanya hilang pertimbangan di 2 tempat; bila menulis dalam sosial media dan bila memandu. Kedua-dua perkara ini boleh di kaitkan dengan perasaan tidak di kenali (anonymity). Kita dari kecil di ajar macam-macam adab. Adab dengan guru, adab dengan orang lebih tua, adab bila beratur menunggu sesuatu dan kadang-kadang ada dari kita yang tak setuju dengan adab tersebut tapi terpaksa ikut di sebabkan herd mentality.
Masa kerajaan lama, banyak undang-undang zalim seperti ISA, perhimpunan awam 2012, akta hasutan, di gunakan untuk menyekat kebebasan bersuara walaupun dengan perkara berkait rapat dengan kemanusiaan. Bila kerajaan baharu menang, PH yang menang atas sokongan orang ramai hasil dari kebebasan bersuara, PH telah memansuhkan undang-udang zalim yang menyekat kebebasan bersuara tadi. Jadi rakyat yang dulu, di rantai oleh adab-adab dari kecil dan tak dapat meluah perasaan yang terbuku dalam hati mereka, menjadikan sosial media sebagai "escapism".
Sama dengan orang yang membesar dalam keadaan kampung, dapat melanjutkan pelajaran di bandar, tiba-tiba kena kejutan budaya.
Ini ada satu trend yang sangat tidak baik. Ini juga bermakna, ramai rakyat malaysia yang sebenarnya terterkan , menggunakan topeng bila berada di luar, mempamirkan senyuman palsu tapi hakikatnya mereka tidak suka dengan kepelbagaian bangsa. Perkataan macam kafir harbi, mudah sangat di salah guna. Ada pernah kita lihat kalau pergi keluar ke pasaraya, sesorang itu jerit kafir harbi pada setiap orang yang berlainan agama yang dia jumpa? Tapi kita selalu lihat di sosial media sesorang itu bermudah tulis kafir harbi bila berbeza pendapat. Sudah tentu yang menjerit kafir harbi ini sendiri tak faham apa maksud dia. Harbi ini darah mereka halal untuk di bunuh, jadi bila saya tanya mereka mana parang dan keris, mereka tersipu-sipu malu.
Tulisan yang baik adalah doa
Kita ambil contoh penjual ubat. Kenapa orang berkerumun mendengar apa yang penjual ubat cuba sampaikan, ada yang sampai habis mendengar? Sebab penjual ubat biasanya akan di selitkan dengan persembahan ular dsb, mereka akan bercerita panjang, mereka layan semua orang sebagai pontential customer. Bila orang dah hook dengan cerita mereka, baharu mereka keluarkan ubat untuk di jual. Kalau yang tak membeli pun mereka tak marah. Cuba tuan-tuan bayangkan kalau dari awal penjual ubat tersebut dah kata, "kamu kena beli ubat ini, kalau tak beli esok lusa kamu mati". Rasanya ada tak orang beli? Mungkin 1-2 orang yang lemah pemikiran akan beli tapi majoriti nya akan menjauhkan diri.
Page Kita Adalah Manifestasi Diri Kita
Kenapa ada dari kita yang sanggup habis beribu untuk cantikkan kereta , siap ada sticker sayang nabi, tapi bila pegang stering akhlak macam B@b!? Kerana dalam kereta kita berada dalam zone selamat sama macam dalam sosial media. Kita rasa kalau kita maki orang, bawa kereta macam haram pun, anonymity itu ada. Kalau kita terlanggar orang di food court kita akan minta maaf, tapi kenapa bila dalam kereta, kita sailang kereta orang, kita tak buat benda yang sama?
Bila tengok page sendiri cinta ulama, tapi bila komen di page orang lain habis semua haiwan di zoo di ratib. Ini sama macam kita sibuk bersihkan rumah sendiri tapi buang sampah depan rumah kita; sebab jalan depan rumah kita bukan masalah kita kan?
Bila kita menulis suatu, kita kena ada target pembaca dari tulisan kita. Kalau kita tulis dengan kata-kata kesat , kita akan dapat friend & follower yang dalam lingkungan yang sama. Jadi nanti bila kita scroll wall kita, jangan pula kita complain yang sosial media kita penuh dengan benda-benda negatif, you should see this coming. And birds of a feather flock together.
Teknik Menulis
Dah tentunya cara menulis itu perlu betul, kalau terlalu teknikal, orang ramai sukar nak faham nanti apa yang kita cuba sampaikan pun tak capai sasaran. Seimbangkan antara bahan teknikal dan santai, rakyat Malaysia banyak yang stress, jadi tulisan santai yang baik, di selitkan dengan lawak ( dark jokes ke ) pun okay.
Familiarity Breeds Contempt
Atau bahasa Melayu nya , benda yang kita selesa boleh melahirkan rasa bosan. Jika terlalu banyak negatif dalam sosial media dan tiada orang yang mahu menulis dengan positif, cuba kita fikir apa yang akan jadi dengan generasi akan datang? Mereka akan ingat cara kebencian ini adalah budaya rakyat Malaysia dan mereka tidak akan hargai kedamaian dan kemakmuran negara. Apa guna kita berhutang berpuluh ribu beli rumah yang mahal demi masa depan anak-anak, tapi kawasan persekitaran kita sudah terbakar akibat dari taktik bumi hangus?
0 comments:
Catat Ulasan