AMANAH sedang atasi isu AGM beberapa kawasan parti dibatal, kata Mujahid

Naib Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa hari ini mengesahkan Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) Amanah di beberapa kawasan di seluruh negara dibatalkan ekoran beberapa isu teknikal.

Beliau berkata partinya sedang berusaha untuk menangani perkara tersebut dengan mengadakan mesyuarat khas untuk kawasan yang bermasalah.

“Satu mesyuarat khas akan di adakan di Kuala Lumpur hari ini melibatkan yang bermasalah. Kita akan tanganinya dengan positif dan akan di bantu oleh pihak ROS (Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia,” katanya kepada pemberita hari ini.

Terdahulu, Mujahid yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri merasmikan Konvensyen Negara Rahmah 2019 peringkat Pulau Pinang di sini.

Beliau berkata secara umumnya, perkara itu tidak akan menjejaskan pengurusan dan perkhidmatan parti itu.

“Biasa la…mana-mana parti, kadang-kadang dia tak perbaharui, kadang-kadang laporan dulu dia tak bagi, benda lebih kepada isu teknikal,” katanya,

Namun ketika ditanya berapa kawasan yang terlibat, Mujahid berkata beliau tidak mempunyai maklumat tentang berapa banyak kawasan yang terlibat dalam pembatalan itu.
“Berapa ramai yang terlibat itu saya tiada maklumat dan itu kena tanya pejabat setiausaha parti,” katanya.

Semalam satu portal berita dalam talian melaporkan sebanyak 148 AGM termasuk peringkat kawasan, sayap pemuda dan wanita Amanah dibatalkan di seluruh negara kecuali Sabah.

Menurut portal itu, daripada jumlah tersebut, sebanyak 81 yang terbatal melibatkan AGM peringkat kawasan, manakala 32 AGM bagi Angkatan Wanita Amanah Nasional (AWAN), dan 35 AGM bagi sayap pemuda parti itu.– BERNAMA
Share on Google Plus

About Editor Akhbar Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan