Kerjasama Umno-Pas tidak ubah perjuangan PH

Gabungan Umno-Pas tidak akan mengubah haluan dan perjuangan Pakatan Harapan (PH), kata Ketua Pemuda Harapan Nasional Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Mengulas pemeteraian Piagam Muafakat Nasional antara kedua-dua parti itu hari ini, beliau berkata sebagai sebuah parti politik, tugas hakiki PH adalah mencari jalan yang baik untuk memastikan parti dapat memberi khidmat terbaik untuk rakyat.

“Abaikan perihal parti-parti pembangkang dan tumpukan perhatian kepada prestasi Pakatan Harapan. Janganlah dibazirkan masa dan tenaga berbicara soal dan isu parti lain.

“Masa untuk kita melihat gambaran yang lebih besar iaitu politik matang dan khidmat yang menjurus ke arah penyelesaian masalah untuk membangunkan negara Malaysia yang berbilang kaum,” katanya dalam kenyataan semalam.

Kenyataan tersebut dibuat bersama tiga lagi pemimpin pemuda PH iaitu Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Ketua Pemuda AMANAH Mohd Sany Hamzan dan Ketua DAPSY Howard Lee Chuan How.

Syed Saddiq berkata perkara berkaitan peluang pekerjaan kepada rakyat, kualiti kehidupan golongan B40, pemerkasaan kepada belia negara dan penyatuan rakyat Malaysia adalah antara fokus yang harus PH jadikan panduan.

“Pakatan Harapan juga tidak boleh sesekali culas membela masa hadapan Sabah dan Sarawak,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi PKR Terengganu, Azan Ismail pula menyifatkan tema ‘penyatuan ummah’ yang dipilih oleh Pas dan Umno hanyalah untuk kerjasama politik semata-mata.

“Bagaimana mereka hendak angkat tema penyatuan ummah apabila isu Pas yang mengkafirkan Umno sejak 30 tahun lepas sehingga kini masih belum mempunyai satu solusi yang muktamad dan rasmi,” katanya ketika dihubungi Bernama\
Share on Google Plus

About Editor Akhbar Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan