‘Ketuanan diserah kepada sifat amanah, dipersetujui bersama’

Pengarah Komunikasi AMANAH, Khalid Samad menegaskan parti itu berpegang pada prinsip ketuanan yang bukan milik mana-mana kaum dan agama.

Sebaliknya, AMANAH, tegas beliau menyambung hasrat dan kepimpinan tokoh peneraju Pas sebelum ini yang menolak rasisme.

“Ketuanannya bukan diserah kepada mana-mana kaum dan agama tapi ketuanan diserahkan kepada sifat amanah dan tadbir urus yang bersih dan dipersetujui bersama.

“Kita meneruskan legasi yang dibawa oleh Almarhum Tuan Guru Nik Aziz dan Almarhum Ustaz Fadzil Noor yang amat inklusif, anti perkauman,” ujarnya.

Jelas bekas Ahli Jawatankuasa Pas Pusat berkenaan, AMANAH meneruskan perjuangan Pas untuk pemerintahan yang telus dan berkebajikan.

“Dulu Pas pentingkan soal keadilan, amanah dan prinsip dalam Islam sehingga sanggup tidak berkawan dengan Umno.

“Tapi Pas sekarang tidak sama dengan Pas dulu yang bawa prinsip Pas untuk semua, menolak perkauman dan menentang kezaliman.

“Pas kini sudah bertukar sepenuhnya (prinsip) dengan tindak tanduk yang kita tidak pernah terfikir sebelum ini,” tempelaknya.

Khalid berkata demikian dalam slot dialog bersama media sempena Permukiman Komunikasi AMANAH Nasional (REKOM’19) di Pulse Grande Hotel di Putrajaya semalam.

Beliau turut mengingatkan gelaran khadam DAP merupakan tohmahan yang sebelum ini dilontarkan kepada Pas ketika berada dalam Pakatan Rakyat.

“Tapi sekarang, Pas pula guna hujah yang sama kepada AMANAH. Kita bukannya khadam DAP. Ini gelaran lama yang Umno gunakan kepada Pas,” tegas Menteri Wilayah Persekutuan itu lagi.\
Share on Google Plus

About Editor Akhbar Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan