Majlis Presiden PH akan tentukan calon PRK Tanjung Piai - Guan Eng

GEORGETOWN: Sebarang keputusan termasuk siapa bakal calon yang akan bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai, Johor akan ditentukan dalam mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH).

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, berkata adalah lebih baik beliau menyerahkan perkara itu kepada kepemimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) kerana kerusi itu adalah milik mereka.

“Ini (PRK Tanjung Piai) akan dibincangkan dalam Majlis Presiden PH kerana ia kerusi BERSATU.

“Apapun, kita anggap ia sebagai satu usahasama oleh semua parti komponen PH,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan tiga perkhidmatan baru bagi rawatan kanser di Mount Miriam Cancer Hospital, Tanjung Bungah di sini, hari ini.

PRK Tanjung Piai akan diadakan susulan kematian penyandangnya, Datuk Dr Md Farid Md Rafik pada 21 September lalu akibat komplikasi jantung.

Dr Md Farid, 43, yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Timbalan Ketua BERSATU Bahagian Tanjung Piai, memenangi kerusi Parlimen Tanjung Piai pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) dengan majoriti 524 undi selepas menewaskan penyandangnya, Datuk Seri Wee Jeck Seng (BN-MCA) dan Nordin Othman (PAS).

Kerusi Parlimen Tanjung Piai yang mempunyai 53,528 pengundi pada PRU14, mempunyai komposisi kaum terdiri daripada 56.8 peratus Melayu, 41.64 peratus (Cina), 1.01 peratus India, manakala lain-lain sebanyak 0.55 peratus.
Share on Google Plus

About Editor Akhbar Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan