Mat Sabu ziarah Pak Daeng

                                                                                                                                                                  Seusai menziarahi Allahyarham Datuk Engku Hamzah bin Tuan Mat, Ketua Pengarah Keselamatan Negara, MKN di Sg Ramal Dalam pagi ini, saya singgah pula menziarahi sahabat dan orang lama dalam perjuangan, Pak Daeng di rumah beliau di Sg. Merab.

Alhamdulillah, Pak Daeng masih sihat sekalipun dah berusia lebih 80 tahun. Ingatannya juga masih baik.

Beliau sebut, keadaan politik sekarang berbeza dengan zaman "kita" masuk BN dahulu, katanya dalam loghat bugis.

Beliau senaraikan satu persatu tokoh-tokoh yang menentang gabungan itu dulu-dulu, termasuk pimpinan utama partinya sekarang.

Pak Daeng masih ikuti perkembangan semasa, terutamanya media sosial - facebook.

Beliau sebut rindukan sdra Salahudin Ayub, Mahfuz Omar dan teman-teman lain yang dulu-dulunya membesar dan membina parti itu bersamanya.

Mudah-mudahan Allah terus kurniakan kesihatan yang baik kepada Pak Daeng dan Allah terus rahmati hidupnya.

Terima kasih juga buat ADN Sg Ramal YB Mazwan Johar yang turut serta bersama saya pagi ini.

Sumber FB Mohamad Sabu
Share on Google Plus

About Editor Akhbar Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan