2,924 Guru KAFA Sarawak nikmati Penambahan Elaun RM100

Seramai 2,924 Guru Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA) di Sarawak bakal menikmati elaun sebanyak RM100 mulai awal tahun depan.

Justeru, Yang Dipertua Majlis Islam Sarawak (MIS) Datu Misnu Taha merakamkan ucapan terimakasih kepada Kerajaan Persekutuan yang telah mengumumkan pemberian itu pada pembentangan Belanjawan 2020 oleh Kementerian Kewangan, Lim Guan Eng pada Sidang Dewan Parlimen, Jumaat lalu.

Katanya, dengan penambahan itu, elaun yang akan diterima oleh Guru KAFA ialah sebanyak RM1,000 sebulan bermula Januari 2020.

“Kami (MIS) merakamkan terimakasih kepada Kerajaan Persekutuan atas penambahan elaun tersebut,” tambah Datu Misnu.

Pada pembentangan Belanjawan 2020, elaun Guru Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA) dinaikkan sebanyak RM100 sebulan kepada 33,200 guru KAFA di seluruh negara mulai Januari 2020.

Elaun tersebut membabitkan peruntukan tambahan sebanyak RM46 juta.
Share on Google Plus

About Editor Akhbar Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan