Bahas Bajet - Tiada Rafizi, Anwar Tampil Dengan Perbahasan Yang Bermutu

Oleh WFAUZDIN NS

Sewaktu rejim Umno/Bn membentangkan Bajet mereka, di antara tokoh hebat dari kalangan Pembangkang yang dinantikan untuk membahaskan bajet berkenaan adalah Sdr Rafizi Ramli , waktu itu adalah MP Pandan.

Beliau memiliki ketajaman berfikir dan berhujah yang baik, sukar mahu diganggu gugat dan dipertikaikan oleh pihak kerajaan ketika itu.

Sdr Rafizi berbahas penuh dengan fakta, menolak sentimen emosi serta memperlihatkan beliau telah membuat 'home work" sebelum bangun berbahas.

Sewaktu Anwar di dalam penjara, anak muda ini sering menyesakkan jantung Najib selaku PM dan Menteri Kewangan ketika itu.

 Ramai yang memperkatakan, jika tidak kerana kes-kes mahkamah yang beliau hadapi, sudah tentu beliau kini adalah seorang Ahli Parlimen dan di antara menteri kanan yang akan dilantik samada berjawatan menteri kewangan atau ekonomi.

Tidak mengapa, ada hikmahnya kerana setiap kejayaan perlu ada pengorbanan dan beliau di antara yang mengorbankan dirinya untuk kejayaan PH hari ini.

 Kita berjaya menjadi kerajaan adalah kerana rakyat telah celik tentang GST, skandal 1MDB, kes NFC, skandal Tabung Haji. LTAT, KWAP dan banyak lagi.

 Siapakah tokoh yang banyak memerkatakan atau mendedahkan semua ini jika tidak Sdr Rafizi Ramli serta beberapa rakan yang lain?

 Beliau hadapi risiko di atas keberaniannya itu. Apabila telah dua kali kerajaan PH membentangkang Bajet, tentulah ada perbezaan dari segi pendekatan bagi membahaskan bajet yang dibuat oleh kerajaan kita sendiri.

Malangnya, waktu kita membentuk kerajaan, Sdr Rafizi berada di luar Parlimen.

Kita bimbang, tiada sesiapa lagi mahu bersuara agak kritikal di dalam membahaskan bajet kerajaan PH.

 Mahu diharapkan kepada Wakil Rakyat Pembangkang di dalam Umno/Bn? Oh tidak.

 Mereka adalah penegak kemungkaran kerajaan terdahulu, mana mungkin mereka memiliki idea atau maruah untuk bercakap benar jauh sekali berfakta?

Mahu mengharapkan wakil rakyat Pas?

 Parti ini pun telah bersekongkol dengan bekas Kleptokrasi dahulu.

 Alhamdulillah, Anwar telah berada di Parlimen. Hari ini, Anwar telah membahaskan bajet dengan satu perbahasan yang amat baik.

 Anwar tidak berselindung untuk memuji beberapa langkah baik yang terdapat di dalam bajet, di dalam masa yang sama kebanyakan perbahasannya adalah untuk menegur kerajaan di dalam beberapa perkara terutamanya yang melibatkan rakyat bawahan.

Biarpun beliau merupakan Presiden Parti Keadilan dan bakal PM ke 8, beliau tidak menggunakan perbahasan hari ini untuk mengampu dan membodek kerajaan.

 Oleh kerana itulah sepanjang perbahasan beliau, tidak ramai di kalangan Pembangkang yang mahu bangun mencelah.

Mungkin mereka tiada modal lagi untuk mencari salah silap perbahasan MP Port Dickson ini.

Saya melihatnya, ketokohan pemimpin ini adalah menjadi ikutan kepada Sdr Rafizi Ramli.
 
 Berani kerana benar. Lawan tetap lawan.

 Kerajaan beruntung memiliki tokoh yang berwibawa yang berada di dalam Parlimen kita.

 Alangkah hebatnya sekiranya Sdr Rafizi dan Anwar Ibrahim sekarang berada bersama di pentas Parlimen.

 InsyaAllah, sedikit masa lagi kita akan lihat apa yang kita impikan ini.

http://wfauzdin.blogspot.com
Share on Google Plus

About Editor Akhbar Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan